Saturday, October 16, 2021

DPMM gesa bantuan diagih kepada individu diisytihar muflis

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia berkata ketika ini golongan itu tidak boleh memohon bantuan yang diumumkan kerajaan bagi menangani impak Covid-19.

Other News

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini menggesa kerajaan untuk memasukkan individu yang diisytiharkan muflis dalam senarai penerima pakej bantuan Pemerkasa Plus yang diumum Putrajaya pada pada Isnin lalu menjelang sekatan pergerakan penuh di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP).

Timbalan Presiden DPMM Norsyahrin Hamidon berkata ketika ini, mereka yang berada dalam kumpulan tersebut tidak boleh memohon bantuan yang diperkenalkan kerajaan bagi berdepan impak krisis Covid-19.

Beliau berkata individu-individu yang diisytiharkan muflis sebelum 31 Disember 2019 sepatutnya secara automatik dikeluarkan daripada senarai perintah muflis bersama mereka yang memiliki hutang di bawah RM1 juta.

Beliau turut berkata perkara yang sama juga perlu dikuatkuasakan ke atas mereka yang diisytiharkan muflis kerana menjadi penjamin pinjaman di bawah RM2.5 juta dan mereka yang telah meninggal dunia.

Dalam sidang media hari ini, beliau turut menjelaskan beberapa langkah tambahan yang boleh dimasukkan ke dalam Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 atau dikenali sebagai Akta 829 di bawah undang-undang darurat.

Beliau berkata antara penambahbaikan itu termasuk tempoh kuatkuasa akta dilanjutkan dari 31 Disember 2021 hingga 31 Disember 2023.

Akta 829 diperkenalkan kerajaan antara lain bagi menangani ketidakupayaan perniagaan untuk melaksanakan tanggungjawab kontrak.

“Nilai ambang bagi tindakan muflis dinaikkan kepada RM300,000 daripada RM100,000 sekarang ini dan tindakan penggulungan entiti perniagaan kepada RM1 juta.

“Takrifan pengguna hendaklah “termasuk pengguna untuk operasi pejabat perniagaannya,” katanya sambil menambah mediasi perlu dibuat seagai solusi kepada kes-kes muflis.

Beliau mencadankan pengisytiharan muflis dan pengusiran penyewa dari premis perniagaan hanya boleh dilakukan selepas tiga bulan moratorium.

“Semua bentuk sewaan premis yang tuanpunya diberikan moratorium hendaklah memberikan penangguhan bayaran sewaan kepada penyewanya termasuk premis perniagaan serta penghalangan tindakan pengusiran atau pengisytiharan muflis selepas 3 bulan moratorium diberikan berakhir.” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles