- Iklan -
Berita

Rekod 7,748 lagi kes baru, jangkitan Covid-19 Malaysia jangkau 600,000

Selangor kekal catat kes harian tertinggi sebanyak 2,612.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pegawai kesihatan menjalankan ujian saringan ke atas kanak-kanak yang merupakan penduduk Sri Penara, Cheras.Sri Penara dikenakan PKP diperketatkan (PKPD) pada 28 Mei lalu sehingga 10 Jun 2021 selepas 100 penduduk dikesan dijangkiti Covid-19.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 7,748 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 603,122.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,612 disusuli Kuala Lumpur (851), Negeri Sembilan (709), Sarawak (706), Johor (446), Perak (371) dan Sabah (287).

Hanya Perlis (8) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 6,624 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 515,571.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 84,369.

Dalam pada itu, 883 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 459 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 86 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 3,182.