Saturday, June 19, 2021

Pencerobohan pesawat asing di ruang udara Indonesia meningkat

Wujud 498 pencerobohan yang dikenal pasti dan jumlahnya telah meningkat kepada 600.

Other News

Ketua Staf Angkatan Udara Indonesia (KSAU) Fadjar Prasetyo, mendedahkan pencerobohan ruang udara Indonesia oleh pesawat tentera asing meningkat sejak tahun lalu.

Prasetyo dalam satu seminar pada Rabu berkata pencerobohan itu dilakukan di bekas Kawasan Latihan Ketenteraan (MTA) 2 terletak di utara Pulau Bintan, lapor Agensi Anadolu.

Sementara itu, Komander Pertahanan Udara, Novyan Samyoga, menyatakan terdapat 498 pencerobohan sejak awal tahun ini.

“Setakat 17 Mei, ada sekitar 498 pencerobohan jadi kami menjangkakan jumlahnya meningkat kepada 600 hari ini,” tambahnya.

Samyoga mengakui beberapa terdapat beberapa kekangan untuk mengambil tindakan, terutama disebabkan sistem peralatan senjata terbatas dan ruang udara negara yang luas.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles