Sunday, June 20, 2021

71 korban Covid-19 ketika kes baru kembali jangkau 7,000

Lebih 800 ditempatkan di ICU sementara 419 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru tertinggi sebanyak 7,105 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 579,462.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,068 disusuli Kuala Lumpur (817), Sarawak (703), Kelantan (531) dan Johor (431).

Perlis menjadi satu-satunya negeri yang tidak mencatatkan sebarang kes harian hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 6,083 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 496,121.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 80,474.

Dalam pada itu, 872 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 419 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 71 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 2,867.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles