- Iklan -
Berita

India catat 186,364 kes baru Covid-19

Dalam tempoh 24 jam terakhir, India turut merekodkan 3,660 kematian akibat Covid-19.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
India menghadapi krisis buruk pandemik Covid-19 dengan catatan kes harian mencecah ratusan ribu selain ribuan lagi kematian warganya. Gambar: AP
India menghadapi krisis buruk pandemik Covid-19 dengan catatan kes harian mencecah ratusan ribu selain ribuan lagi kematian warganya. Gambar: AP

India mengesahkan 186,364 kes Covid-19 baru dalam tempoh 24 jam terakhir, dengan jumlah keseluruhan kes mencecah 27,555,457, menurut kementerian kesihatan dan kesejahteraan keluarga negara itu pada Jumaat, lapor Sputnik.

Jumlah korban pula mencapai 318,895 orang, dengan 3,660 kematian baru dicatatkan dalam tempoh 24 jam terakhir.

Sehari sebelumnya, India mengesahkan 211,298 kes Covid-19 baru dengan 3,847 kematian.

India menjadi negara kedua tertinggi daripada segi jumlah kes Covid-19 yang disahkan, di belakang Amerika Syarikat dengan lebih 33.21 juta yang dijangkiti.

Sehingga kini, lebih 168.77 juta orang telah dijangkiti dengan koronavirus di seluruh dunia, dengan lebih 3.5 juta kematian, menurut Johns Hopkins University.