- Iklan -
Berita

60 korban dicatat, angka jangkitan rekod paling tinggi sebanyak 7,289

Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak 2,642

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ujian swab Covid-19 dijalankan petugas kesihatan. Malaysia kini mengumpulkan kes keseluruhan Covid-19 sebanyak 525,889.
Ujian swab Covid-19 dijalankan petugas kesihatan. Malaysia kini mengumpulkan kes keseluruhan Covid-19 sebanyak 525,889.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 7,289 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 525,889.

Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak 2,642 disusuli Johor (664), Kuala Lumpur (604), Sarawak (513) dan Kelantan (425).

Sementara itu, hanya Perlis (8) sahaja yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 3,789 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 460,062.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 63,458.

Dalam pada itu, 726 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 373 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 60 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 2,369.