- Iklan -
Berita

Serangan udara Israel sasar Latakia, 1 nyawa terkorban

Kerajaan Syria kerajaan masih belum mengeluarkan butiran serangan dan sasaran sebenar serangan tersebut.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Israel sering melakukan serangan udara terhadap Syria menyasarkan kawasan Hizbullah di Syria. Gambar: AP
Israel sering melakukan serangan udara terhadap Syria menyasarkan kawasan Hizbullah di Syria. Gambar: AP

Seorang warga awam terbunuh dan enam lagi cedera selepas serangan udara Israel menyasarkan Latakia, wilayah timur laut Syria yang menjadi kawasan yang dikuasai keluarga Assad.

Sejak perang saudara meletus di Syria seawal 2011, Israel beberapa kali melakukan serangan ke atas negara itu menyasarkan warga Iran dan pasukan Hizbullah selain tentera Syria.

“Serangan Israel mengorbankan seorang penduduk awam dan mencederakan enam lagi termasuk seorang kanak-kanak dan ibunya,” kata sumber.

Bagaimanapun, kerajaan belum mengeluarkan butiran serangan dan sasaran sebenar serangan tersebut, namun laporan media mengatakan menunjukkan dua bandar, Hifa dan Masyaf adalah sasaran serangan tersebut.

Sistem pertahanan udara Syria telah diaktifkan bagi memintas peluru berpandu Israel dengan beberapa peluru berpandunya “berjaya dipintas” kata laporan itu lagi.

Bagaimanapun, serangan ke atas Latakia sebenarnya adalah serangan yang jarang berlaku.

Pada September 2018, sistem pertahanan Syria secara tidak sengaja menembak jatuh sebuah pesawat yang dimiliki sekutunya, Rusia.

Ia berlaku selepas sistem tersebut diaktifkan bagi tujuan menyekat Israel.

Negara Yahudi itu jarang mengakui serangan yang ia jalankan, namun pasukan tenteranya berkata serangan tersebut mengenai 50 sasaran di negara yang kini berdepan krisis peperangan tersebut tanpa sebarang butiran lengkap.