- Iklan -
Berita

Kes baru lepasi 3,000, jumlah keseluruhan jangkitan lebih 400,000

Selangor mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 1,019

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengunjung bazar Ramadan membuat pendaftaran masuk dengan mengimbas kod Mysejahtera dan mengambil suhu sambil dipantau penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya di Pandan Indah. Orang ramai digesa patuhi SOP bagi mengekang penularan yang kian meningkat ketika ini.

Malaysia mencatat 3,142 kes baru menjadikan kes keseluruhan Covid-19 hari ini meningkat sebanyak 401,593 kes.

Selangor mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 1,019 disusuli Kelantan (523), Kuala Lumpur (440) dan Sarawak (416).

Hanya Perlis (1), dan Labuan (4) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 1,822 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 373,397.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 26,719.

Dalam pada itu, 306 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 151 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 15 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,477 orang.