- Iklan -
Berita

Selangor kembali catat kes harian Covid-19 tertinggi

Malaysia catat 1,889 kes baru Covid-19 hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Suasana orang ramai membeli belah dengan mematuhi SOP Covid-19 di pusat beli-belah.
Suasana orang ramai membeli belah dengan mematuhi SOP Covid-19 di pusat beli-belah.

Selangor kembali mencatat kes harian tertinggi sebanyak 517 dalam jumlah keseluruhan kes baru Covid-19 sebanyak 1,889 kes.

Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara meningkat kepada 365,829.

Kes harian tertinggi itu disusuli Sarawak (489), Wilayah Persekutuan Kuala Kelantan (226), Sabah (142) dan Kuala Lumpur (134).

Hanya Putrajaya (8), Melaka (6), Labuan (1), dan Perlis (3) sahaja yang mencatatkan kes satu digit.

Negara juga mencatat sebanyak 1,485 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 347,780.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 16,696.

Daripada jumlah itu 204 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 79 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 8 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,353 orang.