Saturday, September 18, 2021

Keyakinan terhadap kerajaan meningkat sejak program vaksinasi bermula

Peningkatan keyakinan terhadap kerajaan berkait dengan keyakinan rakyat terhadap vaksin.

Other News

Keyakinan rakyat terhadap kerajaan berhubung pengendalian krisis Covid-19 mencatatkan peningkatan selepas bermulanya program vaksinasi negara, menurut dapatan kaji selidik daripada Pusat Penyelidikan Undian UCSI.

Kaji selidik berkenaan dijalankan empat kali, bermula 18 Januari hingga 5 April lalu dan merupakan daripada enam kaji selidik sama dijalankan pada Oktober hingga Disember tahun lalu yang menunjukkan keyakinan rakyat merosot dan meningkat, yang bebentuk V.

“Tahap keyakinan bagi kaji selidik yang dijalankan pada Januari, Februari, Mac dan April menunjukkan trend peningkatan daripada skala 5.59 (980 responden) ke skala 5.79 (649 responden) kemudian ke skala 5.88 (618 responden) dan melonjak ke skala 6.50 (1,136 responden).

“Dalam kaji selidik sama, responden juga ditanya tentang tahap keyakinan mereka terhadap vaksin. Keputusan menunjukkan tahap keyakinan meningkat daripada skala 5.82 (980 responden) ke skala 6.02 (649 responden) kemudian meningkat ke skala 6.39 (618 responden) dan ke skala 6.41 (1,136 responden),” menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Penyelidikan Undian UCSI hari ini.

Kaji selidik tersebut menggunakan skala 1 (sangat tidak yakin) hingga skala 10 (sangat yakin).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan Undian UCSI Prof Pek Chuen Khee, peningkatan keyakinan terhadap kerajaan berkait dengan keyakinan rakyat terhadap vaksin.

“Ramai yang teruja untuk menerima vaksin apabila risikonya dibuktikan rendah melalui kisah-kisah kejayaan tempatan mahupun antarabangsa,” tambah kenyataan itu.

Kerajaan juga dijangka  melakukan lebih banyak usaha untuk rakyat sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,  memandangkan isu kesihatan menjadi keutamaan.

Fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula 19 April ini di Kedah, Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Labuan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles