Wednesday, May 12, 2021

Selangor catat angka tertinggi dalam 1,510 kes baru Covid-19

Hanya tiga negeri mencatat kes harian satu digit hari ini.

Other News

Malaysia mencatatkan 1,510 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan jangkitan Covid-19 dalam negara sebanyak 359,117.

Selangor mencatat kes harian tertinggi sebanyak 415 kes hari ini.

Angka itu disusuli Sarawak (296), Sabah (131), dan Kuala Lumpur (106).

Sementara itu, hanya Wilayah Persekutuan Labuan (2) dan Perlis (2) dan Melaka (6) mencatatkan kes satu digit.

Negara juga mencatat sebanyak 1,248 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 342,737.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 15,059.

Daripada jumlah itu 194 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 81 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 8 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,321 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles