Friday, July 30, 2021

Sarawak, Selangor dahului kes harian tertinggi hari ini

Sarawak mendahului Selangor dalam 1,178 kes baru Covid-19 hari ini.

Other News

Malaysia mencatatkan 1,178 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 346,678.

Hari ini, Sarawak mengatasi Selangor dengan perbezaan satu digit dalam kes harian yang dicatatkan hari ini.

Sarawak mencatat 238 kes diikuti Selangor (237), Pulau Pinang (190) dan Johor (165). Perlis tidak mencatatkan sebarang kes.

Hanya Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya, Terengganu dan Melaka sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Dalam pada itu, negara juga mencatat sebanyak 1,178 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 331,001.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,399.

Daripada jumlah itu 163 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 81 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 6 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,278 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles