Monday, November 29, 2021

Serangan pemberontak Huthi sasar lubuk minyak Arab Saudi

Konflik enam tahun di antara Yaman dan Arab Saudi semakin tegang.

Other News

Serangan peluru berpandu dan dron oleh puak Huthi Yaman menyasarkan industri minyak Saudi pada Ahad dalam perkembangan baru konflik di antara kedua-dua negara itu.

Serangan terhadap kemudahan syarikat Aramco itu berlaku selepas Arab Saudi dan sekutunya bertindak mengebom Sanaa, ibu negara Yaman yang ketika ini dikuasai Huthi.

Perkembangan terbaru itu menunjukkan ketegangan di antara kedua-dua negara itu semakin meningkat walaupun pelbagai usaha dilakukan untu mengakhiri perang tersebut.

Kementerian Pertahanan Arab Saudi berkata dron dari Yaman berjaya dipintas. Dron tersebut menyasarkan sebuah kemudahan minyak di Ras Tanura – sebuah kawasan pelabuhan minyak terbesar di dunia.

Serpihan daripada peluru berpandu dapat dilihan di kawasan kediaman Aramco yang menempatkan ribuah pekerjanya.

Bagaimanapun, tiada korban akibat serangan tersebut.

Pemberontak Huthi mendakwa menerusi media sosialnya, dron dan peluru berpandu telah disasarkan ke kawasan Ras Tanura dan Dammam, Ara Saudi.

Wilayah timur Saudi adalah tempat tinggal sebahagian besar warga Aramco di samping menempatkan kemudahan utamanya.

Pada 2019, serangan udara terhadap dua kemudahan Aramco menyebabkan separuh pengeluaran minyak mentah kerajaan itu menjadi lumpuh.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles