- Iklan -
Berita

Malaysia catat 1,529 kes baru Covid-19

Trend jangkitan wabak Covid-19 terus menunjukkan penurunan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
PKPB menyaksikan ramai warga mula menjalankan aktiviti sosial dan ekonomi dengan mengikut SOP.
PKPB menyaksikan ramai warga mula menjalankan aktiviti sosial dan ekonomi dengan mengikut SOP.

Malaysia mencatatkan sebanyak 1,529 kes baru Covid-19 hari ini, menjadikan angka keseluruhan kes jangkitan Covid-19 dalam negara sebanyak 314,989 kes.

Selangor masih mencatatkan kes paling tinggi hari ini sebanyak 726 kes disusuli Sarawak (253), Johor (120), Negeri Sembilan (89), Pulau Pinang (76).

Wilayah Persekutuan Labuan hari ini tidak mencatatkan kes jangkitan baru Covid-19.

Sementara itu, Malaysia mencatat 2,076 kes sembuh hari ini menjadikan angka keseluruhan kes pulih daripada jangkitan sebanyak 294,034

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 19,778.

Dalam pada itu, 160 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 79 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatatkan 3 lagi kematian hari ini, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,177 orang.