- Iklan -
Berita

Laman web daftar vaksin Covid-19 kini boleh diakses

Laman web ini adalah kali pertama pendaftaran dalam talian dibuka di luar aplikasi MySejahtera.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kurang dari dua juta orang telah mendaftar untuk menerima suntikan percuma sejak pendaftaran dibuka pada 1 Mac lalu melalui aplikasi pengesanan kontak yang dibina pihak kementerian, MySejahtera.
Kurang dari dua juta orang telah mendaftar untuk menerima suntikan percuma sejak pendaftaran dibuka pada 1 Mac lalu melalui aplikasi pengesanan kontak yang dibina pihak kementerian, MySejahtera.

Orang ramai kini boleh mendaftar untuk vaksinasi Covid-19 menggunakan borang dalam talian yang terdapat di laman web rasmi kerajaan bagi program inokulasi besar-besaran.

Mereka boleh mendaftar dengan mengisi borang (klik di sini), yang terdapat di laman web yang disediakan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV).

Laman web ini adalah kali pertama pendaftaran dalam talian dibuka di luar aplikasi MySejahtera. Ia bertujuan bagi memastikan lebih ramai orang menyertai program vaksinasi kerana ia dijalankan secara berperingkat.

Kurang dari dua juta orang telah mendaftar untuk menerima suntikan percuma sejak pendaftaran dibuka pada 1 Mac lalu melalui aplikasi pengesanan kontak yang dibina pihak kementerian, MySejahtera.

Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata kerajaan akan menyediakan lima kaedah bagi orang ramai mendaftar bagi vaksinasi, termasuk menggunakan MySejahtera dan nombor hotline 1800-888-828.