Tuesday, June 15, 2021

Hanya MySejahtera digunapakai bagi solat Jumaat di Selangor berkuat kuasa esok

Sebarang aplikasi pengimbas selain MySejahtera tidak diterima oleh Jais bagi jemaah yang ingin masuk ke dalam masjid dan surau.

Other News

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengkhususkan jemaah yang ingin menunaikan solat Jumaat dan fardu lima waktu hanya menggunakan aplikasi pengimbas MySejahtera bagi tujuan merekod data bermula 5 Mac ini.

Pengarah Jais Mohd Shahzihan Ahmad mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan, satu tindakan yang dilihat memberikan tamparan hebat kepada aplikasi SELangkah dimiliki kerajaan negeri.

“Pentadbiran majlis dan surau kebenaran Jumaat hendaklah menetapkan hanya aplikasi MySejahtera digunakan oleh pihak masjid dan surau bagi mendaftarkan ahli kariah,” katanya mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi bagi menyekat penularan virus Covid-19.

Dalam pada itu Jais turut membenarkan penambahan jumlah jemaah termasuk bilangan pentadbir bagi menunaikan solat Jumaat dan fardu di masjid dan surau, bagaimanapun jumlah bilangan adalah berbeza.

“Bagi masjid pengurusan jumlah yang dibenarkan ialah 350 jemaah solat Jumaat dan 100 jemaah solat fardu begitu juga majlis institusi dengan jumlah 350 jemaat solat jumaat manakala 200 jemaah solat fardu.

“Masjid kariah membenarkan 300 jemaah solat jumaat, 100 jemaah solat fardu dan surau kebenaran Jumaat pula seramai 100 jemaah manakala 50 jemaah solat fardu. Surau kariah pula tidak membenarkan solat Jumaat namun sebaliknya hanya membenarkan 50 jemaah dibenarkan menunaikan solat fardu,” katanya.

Sebarang aktiviti bertujuan mengimarahkan masjid dan surau masih ditangguhkan kecuali bacaan yassin dan tahlil, zikir dan doa selamat dibenarkan termasuk sesi tazkirah atau kuliah.

Namun aktiviti tersebut hanya boleh dilakukan secara dalam talian atau menggunakan Facebook Live yang dipancarkan dari kediaman pendakwah terbabit.

“Pematuhan seperti memakai pelitup muka, menggunakan sanitasi tangan sewaktu ingin hadir dan pulang, membawa sejadah sendiri dan berwuduk di rumah adalah peraturan SOP yang perlu dipatuhi termasuk bacaan suhu tidak melebihan 37.4 darjah celsius.

Sementara itu usaha MalaysiaNow untuk mendapatkan kepastian daripada Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri (exco) kesihatan, kebajikan, pemberdayaan wanita dan keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud mengenai penggunaan aplikasi SELangkah dibenarkan atau tidak bagaimanapun tidak berjaya.

Baru-baru ini MalaysiaNow melaporkan versi kemas kini aplikasi SELangkah yang dilancarkan kerajaan Selangor bukan sahaja membangkitkan lebih banyak persoalan berhubung kualiti perisian pengesanan kontak untuk memantau jangkitan Covid-19, tetapi menimbulkan kebimbangan berhubung keselamatan data.

Semakan MalaysiaNow mendapati versi terbaru aplikasi itu tidak menawarkan banyak fungsi yang memfokuskan untuk mengesan jangkitan, berbanding MySejahtera yang diperakukan oleh pihak berkuasa kesihatan persekutuan.

Walaupun begitu, kerajaan negeri Selangor tetap berkeras meneruskan penggunaan aplikasi itu bersama-sama dengan MySejahtera.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles