Thursday, February 18, 2021

Mahkamah tolak permohonan reman pengasas Sugarbook

Lelaki yang mengaku pengasas aplikasi berusia 43 tahun itu berjanji akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

Other News

Restaurant chain CEO, company director remanded over graft

The CEO, a Hong Kong citizen, is said to have ordered contractors to give a commission of 15% of the contract price.

More needed to safeguard reserves, activists say as 8,000-year-old forest faces loss of protected status

They call for a shift in decision-making power, warning that the degazettement of the Kuala Langat North Forest Reserve will set a bad precedent.

Banyak lagi perlu dilakukan untuk lindungi hutan simpan, kata aktivis

Cadangan kerajaan negeri Selangor akhir tahun lepas supaya hutan simpan itu dinyahwartakan disambut dengan kebimbangan dan kemarahan NGO.

Mahkamah tolak permohonan reman pengasas Sugarbook

Lelaki yang mengaku pengasas aplikasi berusia 43 tahun itu berjanji akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

Phones, consoles could get pricier as chip crisis bites

Prices of popular gadgets such as PlayStations and iPhones could rise because of microchip shortages caused by a 'perfect storm' of coronavirus-driven demand, supply chain disruptions and trade war stockpiling, experts warn.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan pihak polis untuk menahan reman pengasas aplikasi Sugarbook bagi membantu siasatan dakwaan laman berkenaan digunakan sebagai platform mencari perempuan simpanan.

Peguam yang mewakili lelaki tersebut, Foong Cheng Leong berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noorasyikin Sahat menolak permohonan pihak berkuasa berkenaan selepas anak guamnya memberi aku janji akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata lelaki tempatan berusia 34 tahun yang berasal dari Minden, Gelugor, Pulau Pinang itu ditahan pada 4.30 petang semalam di sebuah kondominium di ibu negara.

“Menerusi siasatan awal, suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 372(1)(d) dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut Fadzil, hingga kini sebanyak 74 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kes itu.

Media sebelum ini melaporkan Malaysia berada di kedudukan ketiga tertinggi di Asia di belakang India dan Indonesia bagi negara yang mempunyai bilangan sugar daddy paling ramai melalui aplikasi Sugarbook yang menyediakan platform untuk mencari teman janji temu itu.

Susulan aduan orang ramai, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyekat akses ke laman tersebut yan turut mendakwa semakin ramai wanita di negara ini, khususnya penuntut universiti, menawarkan diri menjadi sugar baby menerusi laman berkenaan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Najib fail permohonan hina makhamah terhadap Tommy Thomas minggu ini, kata peguam

Permohonan bagi prosiding menghina mahkamah sudah siap sebanyak 98%, kata peguam Najib.

Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh bicara 1MDB

Permohonan itu dibuat bagi membolehkan Najib menunggu satu keputusan berkaitan tindakan undang-undang di Mahkamah Amerika Syarikat.

Nasihat kewangan Jho Low tidak selalu munasabah, kata saksi

Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Tipu bekal sarung tangan RM7 juta, 2 pengarah syarikat didakwa

Kedua-dua dituduh menipu seorang ahli perniagaan berhubung pembekalan 670,000 kotak sarung tangan tahun lepas.

Berhati-hati, kata SKMM ketika semakin ramai wanita guna media sosial cari ‘sugar daddy’

Pengguna terdedah kepada risiko jenayah siber sekiranya tidak mengambil langkah keselamatan siber dan kawalan kendiri.