Tuesday, March 2, 2021

Graduan ijazah lalui masa sukar dengan gaji RM1,000 sebulan

Duit tidak pernah cukup, tetapi asalkan dia dan keluarganya sihat dan selamat, ia sudah memadai.

Other News

Tokyo asks China to end Covid-19 anal swabs for Japanese

Officials in China have used anal swabs to test people it considers at high-risk of contracting Covid-19, including residents of neighbourhoods with confirmed cases as well as some international travellers.

First all-female flight crew fly into Afghanistan aviation history books

The historic flight was not publicised at the time as Afghanistan's heightened security discourages high-profile events.

2 rakyat Malaysia import kes baharu Covid-19 di Singapura

Singapura mempunyai dua kluster Covid-19 buat masa ini.

Bekas ahli Parlimen PKR keluar parti masih belum putuskan bertanding PRU15

Choong serah kepada pengundi untuk nilai prestasi beliau sebagai wakil rakyat.

No decision yet on contesting GE15, says ex-PKR MP turned independent

Steven Choong says he will continue to serve if it is the will of the people.

Selepas Jenny bergelar graduan universiti dan menerima ijazah bersama rakan seangkatannya, dia tidak pernah terfikir akan meraih pendapatan lebih rendah daripada gaji minima.

Tetapi, ketika negara memasuki minggu keempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, ketika kerajaan meneruskan usaha membendung peningkatan jangkitan Covid-19, dia bersyukur dengan gaji yang diterimanya.

Lulusan bahasa Inggeris berusia 27 tahun itu kini bekerja sebagai seorang guru tuisyen di kampung halamannya di Teluk Intan, Perak.

Biarpun RM1,000 sebulan kelihatan kecil jika hendak dibandingkan dengan gaji purata seorang graduan baru berjumlah RM2,500 di negeri lain, Jenny tetap realistik.

“Kampung halaman saya hanyalah tempat kecil dan tidak banyak peluang pekerjaan di sini,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Oleh itu ijazah sarjana muda saya tidak banyak membantu untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji lumayan.”

Jenny sudah menjadi guru tuisyen sebelum pandemik Covid-19 melanda negara awal tahun lalu.

“Saya mempunyai jumlah murid agak ramai dan gaji yang diterima agak baik – masih rendah, tetapi memadai.”

Semuanya berubah selepas pandemik melanda dan keadaan menjadi semakin sukar.

“Ramai murid mula berhenti selepas ibu bapa merasakan anak-anak mereka tidak banyak belajar daripada kelas dalam talian” katanya.

Pada Disember tahun lalu, dia hanya memperoleh RM800.

Dia satu-satunya dalam keluarga berlima itu mencari nafkah, bekerja keras berjimat-cermat setiap sen wang yang diperoleh.

Kedua ibu bapanya menghidap penyakit angin ahmar, sudah tidak lagi mampu menyara keluarga kerana pergerakan yang terbatas.

Dia mempunyai dua adik lelaki yang masih di bangku sekolah.

Masing-masing berusia 17 tahun dan 10 tahun.

Pada Disember tahun lalu, dia hanya memperoleh RM800.

Apabila mendapat gaji setiap bulan, sebahagian besar akan digunakan untuk perbelanjaan barang rumah.

“Selepas memberikan RM800 kepada keluarga, baki yang tinggal RM200 akan digunakan untuk membayar bil telefon dan membeli makanan,” katanya tanpa berselindung mengenai keadaan dirinya.

“Wang itu memang tidak mencukupi untuk menyara seluruh keluarga.”

Namun, dia teringat kembali, ibunya sebelum ini yang bekerja menyara keluarganya.

Ketika Jenny masih belajar, ibunya mengusahakan sebuah gerai mi sekian lama sebelum perniagaan mula merosot.

Ibunya bekerja seorang diri kerana ayahnya sudah sakit ketika itu.

Hari demi hari makin kurang pelanggan datang, sehingga mereka terpaksa memberhentikan pekerja bagi memastikan perniagaan terus bertahan.

“Kami mempunyai pekerja ketika itu sebelum perniagaan merosot, kami terpaksa memberhentikannya dan melakukan kerja sendiri.”

Tidak lama selepas itu, ibu Jenny diserang strok yang menyebabkan bahagian sebelah kanan badannya lumpuh.

Masih segar dalam ingatan Jenny pada hari dia menerima panggilan daripada adiknya memberitahu ibu mereka dimasukkan ke hospital.

“Saya tidak dapat balik untuk melihatnya kerana minggu itu ada peperiksaan,” katanya.

Pada 2018, Jenny habis latihan magangnya di sebuah agensi perhubungan awam di Pulau Pinang.

Dia merancang untuk memulakan kerjaya di sana untuk menyara keluarga tetapi semuanya berubah apabila menerima panggilan telefon kedua dari kampung.

“Kali ini, ibu menelefon memberitahu ayah sekali lagi diserang angin ahmar, dan dia tidak lagi boleh berjalan.”

Ini menyebabkan rancangannya untuk bekerja di Pulau Pinang terpaksa dilupakan.

Sebaliknya, dia pulang ke kampung bagi menjaga kedua ibu bapanya.

“Saya tidak dapat balik untuk melihatnya kerana minggu itu ada peperiksaan,” katanya.

Disebabkan mereka tergolong sebagai orang kurang upaya, mereka menerima bantuan kewangan daripada jabatan kebajikan setiap bulan.

Sedikit sebanyak is membantu menyediakan makanan di atas meja, ditambah dengan pendapatan Jenny bagi membolehkan mereka mengharungi sampai ke bulan berikutnya.

Ia satu kehidupan yang sukar tetapi Jenny tidak pernah mengeluh.

“Walaupun keadaan tidak segembira mana, saya masih bersyukur,” katanya.

“Sekurang-kurangnya pekerjaan saya tidak terkesan ketika pandemik, dan masih mampu menyara keluarga setiap bulan untuk menyediakan makanan.”

Sedikit sinar buat dirinya apabila ibunya perlahan-lahan kembali pulih daripada strok.

Kini dia sudah boleh berdiri dan berjalan perlahan-lahan menggunakan tongkat.

“Walaupun kami kelihatan seperti lebih bergelut berbanding orang lain, saya bersyukur selagi kami sihat dan selamat.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Zoom earnings strong at close of pandemic-plagued year

Zoom took in revenue of US$882.5 million during the fiscal quarter that ended Jan 31, in a 369% increase from the same period a year earlier before lifestyles went remote due to Covid-19.

PM gesa penjawat awam segerakan bantuan rakyat

Proses permohonan penyampaian bantuan akan disegerakan bagi membantu rakyat mengatasi masalah kewangan akibat penularan Covid-19.

Bukan sekadar hak harta intelek, pakar ajar cara jadikan vaksin lebih murah

Serum Institute of India menawarkan cara mudah bagi menangani masalah eksklusif vaksin ketika darurat kesihatan.

Kes baru Covid-19 jatuh bawah 2,000

12 lagi kematian dicatatkan.

KKM perjelas kenapa jarum suntikan vaksin berbeza warna

Penggunaan dua jenis jarum suntikan yang berbeza adalah  mengikut keperluan ketika prosedur suntikan.