Tuesday, June 22, 2021

Najib pernah hunus keris nak mandikan dengan darah Cina, kata Dr Mahathir

Mahathir mengatakan Najib tidak perlu mencampurinya urusannya dan seharusnya fokus kepada perbicaraan mahkamah berhubung pertuduhan rasuah terhadapnya.

Other News

Dr Mahathir Mohamad hari ini mengatakan Najib Razak tidak perlu mencampurinya urusannya, mengingatkannya tentang peristiwa yang berlaku pada penghujung 1980-an.

“Lagipun, kalau isu yang berlaku 1987/88, Najib boleh ingat yang dia hunus keris dan nak mandikan keris dengan darah orang Cina,” tulis Mahathir yang juga bekas perdana menteri di Facebook sebagai respons kepada tulisan Najib.

Mahathir merujuk kepada dakwaan tindakan Najib yang pada ketika itu ketua Pemuda Umno ketika memberikan ucapan dalam satu perhimpunan di Kuala Lumpur pada 17 Oktober 1987, ketika isu membabitkan pendidikan Cina hangat diperdebatkan.

Najib bagaimanapun pernah menafikan dakwaan menghunus keris dalam perhimpunan itu ketika ditanya oleh bekas ahli Parlimen DAP, Karpal Singh di Dewan Rakyat pada tahun 2009.

Peristiwa itu dikatakan sebagai salah satu punca yang mendorong berlakunya penahanan besar-besaran pemimpin-pemimpin politik, badan bukan kerajaan dan aktivis di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1987 dalam satu operasi yang dikenali sebagai Operasi Lalang.

Menurut Mahathir, Najib seharusnya fokus kepada perbicaraan mahkamah berhubung pertuduhan rasuah terhadapnya.

“Dia harus fokus kes curi duit rakyat berbilion-bilion dalam 1MDB.

“Dia juga perlu bagi perhatian saman Tommy Thomas yang kait dia dengan pembunuhan Altantuya,” kata Mahathir merujuk kepada tindakan undang-undang diambil Najib terhadap bekas peguam negara itu berhubung tulisan di autobiaografinya “My Story: Justice in the Wilderness”.

Sebelum ini Najib menulis di Facebook sebagai respons kepada temu bual Mahathir berhubung dakwaan campur tangan dalam badan kehakiman.

“Ha ha ha! Mahathir kata pembatalan pendaftaran Umno bukti dia tidak campuri badan kehakiman adalah pembohongan terbesar dalam sejarah kehakiman,” tulis Najib.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles