- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 kembali melepasi angka 3,000, 14 lagi kematian direkodkan

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 52,186.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pasukan pemantau Covid-19 dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang memerhatikan seorang pengunjung yang mencatatkan butiran kehadiran ketika pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di sebuah kedai makan di Jalan Sungai Tiang hari ini. Gambar: Bernama
Pasukan pemantau Covid-19 dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang memerhatikan seorang pengunjung yang mencatatkan butiran kehadiran ketika pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di sebuah kedai makan di Jalan Sungai Tiang hari ini. Gambar: Bernama

Sebanyak 3,288 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 245,604, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 1,929 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 198,495 kes.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,757 kes diikuti Kuala Lumpur (408), Johor (369), Negeri Sembilan (157) dan Sarawak (135),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 52,186.

“Daripada jumlah itu 285 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 131 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 14 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 923 orang.

Katanya terdapat 11 lagi kluster baru dikesan membabitkan:

  1. Kluster Industri Wawasan di Selangor (tempat kerja).
  2. Kluster Batu 20 di Selangor (tempat kerja).
  3. Kluster Tapak Bina Persiaran Sepang di Selangor (tempat kerja).
  4. Kluster Tapak Bina Jalan Tandok di Kuala Lumpur (tempat kerja).
  5. Kluster Jalan Dua Belas di Kuala Lumpur (tempat kerja).
  6. Kluster Jalan Tiga KKIP di Sabah (tempat kerja).
  7. Kluster Jalan Uda Utama di Johor (tempat kerja).
  8. Kluster Jalan Kancil Waha di Johor (komuniti).
  9. Kluster Lorong Sahabat di Johor (komuniti).
  10. Kluster Lorong Bersatu Damai di Sabah (kumpulan berisiko tinggi).
  11. Kluster Jalan Harun di Kuala Lumpur (kumpulan berisiko tinggi).