Saturday, February 27, 2021

16 barang kawalan disenarai sempena Tahun Baru Cina

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2021 yang berkuat kuasa dari 8 hingga 16 Februari ini.

Other News

Suami isteri pengusaha van tak sabar tunggu sekolah dibuka

Berita mengenai pembukaan semula sesi persekolahan pada 1 Mac depan bagaikan “cahaya di hujung terowong” kepada pasangan pengusaha van sekolah yang memutuskan untuk pulang...

Husband-wife van drivers can’t wait for schools to open again

Ismail Raja Mat and his wife Norhayati Muda have bills piling up and children who need to be fed.

AmBank to pay RM2.83 billion settlement over 1MDB scandal

This is in addition to the RM53.7 million penalty imposed by Bank Negara Malaysia and paid by AmBank Group.

AmBank bayar Putrajaya RM2.83 bilion disebabkan penglibatan dalam skandal 1MDB

Pembayaran ini akan menguntungkan rakyat Malaysia kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.

Palm oil churns trouble in Canadian ‘hard butter’ puzzle

The pandemic has increased demand for butter, so farmers are feeding extra palm oil derivatives to their cows to produce more milk fat.

Sebanyak 16 jenis barangan disenaraikan sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2021 yang berkuat kuasa dari 8 hingga 16 Februari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata kategori barangan harga terkawal terdiri daripada ayam, telur ayam, sayuran, hasil laut dan daging babi.

“SHMMP ini dilaksanakan sebagai langkah untuk menyekat kenaikan harga barangan keperluan menjelang perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 12 Februari ini di seluruh negara.

“Selain itu, skim ini juga secara tidak langsung dapat menyekat kenaikan harga yang tidak munasabah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya ketika mengumumkan SHMMP Tahun Baru Cina secara dalam talian di laman rasmi Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini.

Barangan keperluan yang disenaraikan dalam SHMMP itu ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import, cili merah, tomato, ubi kentang China, bawang putih China, ikan bawal putih, udang putih besar, babi hidup, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).

“Walaupun perayaan Tahun Baru Cina tahun ini disambut secara sederhana mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan kerajaan, permintaan terhadap barangan semasa perayaan tetap ada dan dijangka meningkat berbanding semasa bukan hari perayaan,” katanya.

Nanta berkata harga maksimum pengeluar, borong dan runcit yang ditentukan adalah bersesuaian dengan trend harga semasa dan semasa menjelangnya hari perayaan.

“Terdapat juga harga yang ditentukan adalah lebih rendah dan kekal seperti pelaksanaan SHMMP Krismas yang lepas,” katanya.

Beliau berkata penentuan harga barangan bagi negeri-negeri dibuat mengikut kesesuaian harga pasaran semasa dan mengambil kira faktor perubahan harga, khususnya bagi barangan import yang dipengaruhi harga di negara asal, perubahan kadar tukaran mata wang dan peningkatan kos utiliti penternak.

Nanta berkata pelaksanaan skim itu tertakluk kepada peruntukan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 melalui Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018.

Beliau berkata notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dikeluarkan dengan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga secara mendadak.

Individu yang menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Bagi kesalahan gagal meletak tanda harga berwarna merah jambu untuk barangan harga terkawal, pesalah individu boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000, manakala syarikat pula boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

Nanta berkata pegawai penguat kuasa KPDNHEP akan berada di lokasi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan.

“Langkah-langkah ini mencerminkan usaha berterusan bagi melindungi pengguna daripada aktiviti pengambilan keuntungan yang berlebihan oleh peniaga-peniaga yang tidak beretika semasa musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata KPDNHEP menyediakan pelbagai medium penyaluran aduan bagi memudahkan rakyat mengemukakan aduan berkaitan isu harga termasuk mewujudkan Skuad Tindakan Aduan Rakyat (STAR) dalam usaha menangani aduan rakyat dengan lebih berkesan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Harapan tahun baru tetap bersinar buat keluarga miskin di Sarawak

Biarpun kedua-dua ibu bapa berkerusi roda, Mei Ching dan adiknya tetap gembira menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga.

Tahun Baru Cina paling bermakna buat keluarga miskin di Ampang

Rumah mereka akan dibina semula dan dijangka siap dalam masa dua bulan lagi.

Makan besar Tahun Baru Cina sewaktu PKP, satu cabaran besar buat restoran

Dengan hanya dua pelanggan dibenarkan di satu meja, restoran terpaksa bertindak kreatif bagi memastikan komponen penting sambutan Tahun Baru Cina itu meriah.

Tanpa bekalan elektrik, mandi air perigi, ‘Uncle Kapitan’ tetap gembira menanti tahun baru

Lim Tiap Beng menaruh harapan agar rumahnya memiliki bekalan elektrik supaya mudah bergerak pada waktu malam.

76% rakyat Malaysia sokong SOP Tahun Baru Cina ditetapkan kerajaan

Satu kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Undian UCSI, 24% lagi tidak menyokong.