Wednesday, May 12, 2021

Perancis mula debat RUU bendung pengaruh Islam radikal

Langkah itu diambil susulan beberapa serangan maut di Perancis oleh pengganas Islam,

Other News

Ahli Parlimen Perancis pada Isnin mula berdebat mengenai Rang Undang-Undang (RUU) bagi membendung pengaruh Islam radikal di negara itu dan menghentikan penyusupan kepercayaan ekstrim dalam perkhidmatan awam, sekolah dan laman-laman dalam talian.

Langkah itu diambil susulan beberapa serangan maut di Perancis oleh pengganas Islam, lapor Associated Press.

RUU kontroversi itu mencakupi bidang yang luas dengan tujuan memperkukuhkan nilai-nilai sekular Perancis, dan bakal membangkitkan perdebatan yang panas oleh ahli-ahli Parlimen dan orang awam untuk dua minggu akan datang.

Ia mencerminkan keutamaan Presiden Emmanuel Macron yang menggambarkan “separatisme, sebuah versi Islam yang salah sedang menyusup masuk dan membentuk masyarakat yang tidak selari dengan arus perdana,” dalam satu ucapannya pada Oktober.

RUU yang diusulkan itu merupakan usaha presiden Perancis yang gagal dilakukan mantan-mantan sebelum ini berkaitan “Islam Perancis”.

Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin yang mengusulkan RUU itu menekankan “mereka bukan menentang agama”, walaupun sesetengah orang Islam di Perancis telah menyuarakan kebimbangan terhadap RUU itu yang dilihat menyasarkan mereka.

RUU itu terpakai untuk semua agama dan penganut agama Buddha dan Roman Katolik turut menyuarakan keluhan bahawa mereka juga bakal terkesan.

Pengkritik menyatakan RUU itu merangkumi perkara di bawah undang-undang sedia ada manakala pemimpin berhaluan kanan, Marine Le Pen menyatakan RUU itu tidak mencukupi atau tidak menyatakan musuh sebenar mereka iaitu Islam radikal.

RUU itu membolehkan masjid dan persatuan-persatuan dipantau termasuk penerimaan dana asing, selain bertujuan untuk menyekat kemasukan ideologi Islam dalam kalangan orang Islam Perancis.

Bagi melindungi kanak-kanak daripada indoktrinasi dan menghapuskan sekolah haram, RUU itu memperuntukkan semua kanak-kanak dari usia tiga tahun hadir ke sekolah kebangsaan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles