- Iklan -
Berita

Jamali Shadat sudah tiada

Pelawak komedi veteran popular dengan watak Atan itu meninggal dunia pada 8.30 pagi tadi.

Fadila Awaludin
1 minit bacaan
Kongsi
Pelawak komedi popular, Jamali Shadat. Gambar: Facebook
Pelawak komedi popular, Jamali Shadat. Gambar: Facebook

Pelawak veteran, Jamali Shadat menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah Perlabuhan Klang pagi tadi.

Jamali Shadat, 78, yang terkenal dengan watak Atan itu dilaporkan meninggal dunia pada pukul 8.15 pagi.

Menurut cucu arwah, Isyraq Ariff, perkara itu mula disedari apabila arwah tidak memberi respons sewaktu diajak untuk bersarapan pagi.

“Saya mengetahui perkara ini pada pagi tadi apabila dimaklumkan bahawa arwah tidak memberi sebarang reaksi ketika ingin bersarapan,” katanya kepada MalaysiaNow.

Tahap kesihatan Allahyarham dilaporkan semakin merosot sekitar tiga tahun lalu selain memerlukan bantuan daripada ahli keluarga untuk menguruskan diri.

Difahamkan, Allahyarham turut mula mempamerkan sifat yang gemar mendiamkan diri, termenung termasuk tahap ingatan yang merosot selepas kematian isterinya, Allahyarham Lela Yacob pada Jun 2018.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Kampung Pulau Indah sama ada sebelum atau selepas solat Zohor.