- Iklan -
Berita

Kes Covid-19 pecah rekod lagi, 5,728 disahkan positif

13 lagi kematian baru dicatatkan, 3,805 pesakit pulih dan dibenarkan pulang.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berehat seketika selepas melakukan saringan Covid-19 ke atas penduduk Kuantan di Klinik Kesihatan Paya Besar, semalam. Gambar: Bernama
Petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berehat seketika selepas melakukan saringan Covid-19 ke atas penduduk Kuantan di Klinik Kesihatan Paya Besar, semalam. Gambar: Bernama

Sebanyak 5,728 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 209,661, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 3,805 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 161,527 kes.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 3,285 kes diikuti Johor 792 dan Kuala Lumpur 480 kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Setakat hari ini sebanyak 65,474 jumlah kumulatif kes positif Covid-19 direkodkan di Selangor.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 47,388.

“Daripada jumlah itu 319 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 120 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 13 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 746 orang.

Katanya terdapat 16 lagi kluster baru dikesan membabitkan:

  1. Jalan Suasa, Johor (tempat kerja).
  2. Jalan Riang, Johor (tempat kerja).
  3. Jalan Lombong, Johor (tempat kerja).
  4. Bintang Utama, Johor (tempat kerja).
  5. Bayu Tampoi, Johor (tempat kerja).
  6. Bukit Batu Grisek, Johor (tempat kerja).
  7. Jalan Trompet, Selangor (tempat kerja).
  8. Kampung Hala, Selangor (tempat kerja).
  9. Lingkaran Maluri, Kuala Lumpur (tempat kerja).
  10. Desa Tun, Kuala Lumpur (tempat kerja).
  11. Tanah Putih, Pahang (tempat kerja).
  12. Jalan Ketengah, Pahang (tempat kerja).
  13. Jalan Labuk, Sabah (tempat kerja).
  14. Lasah, Perak (komuniti).
  15. Tersat, Terengganu (komuniti).
  16. Taman Amalina, Pahang (komuniti).