Saturday, March 6, 2021

Permohonan Najib gugur Sri Ram esok diteruskan

Semua kes berkepentingan awam seperti rasuah dan jenayah komersial, akan dijalankan di mahkamah terbuka, berkuat kuasa 27 Januari.

Other News

Zahid keluar RM17.9 juta wang yayasan Akalbudi, kata pegawai SPRM

Pegawai SPRM berkata bahawa daripada jumlah itu, RM8.6 juta digunakan untuk membayar deposit saham kepada Ri-Yaz Assets Sdn Bhd.

Former DAP reps now members, Bersatu confirms

Paul Yong is a member in Batu Gajah while A Sivasubramaniam is a member in Ipoh Barat.

Kes baru Covid-19 catat angka 2,154

6 kematian akibat Covid-19 dicatat hari ini.

New cases continue to hover above 2,000

2,154 new cases, 3,275 recoveries.

Dua bekas Adun DAP sertai Bersatu di Perak

Kedua-dua mereka merupakan ahli DAP sebelum keluar parti pada Mac tahun lalu.

Permohonan Najib Razak untuk menggugurkan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa dalam kesnya yang dituduh meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan didengar di Mahkamah Tinggi esok, seperti yang dijadualkan.

Pada 12 Januari lalu, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dilaporkan berkata semua perbicaraan dan pendengaran kes jenayah di mahkamah terbuka yang dijadualkan dari 13 hingga 26 Januari ditangguhkan, selaras dengan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Ini menyebabkan kes berprofil tinggi termasuk yang melibatkan bekas perdana menteri itu serta bekas timbalannya Ahmad Zahid Hamidi ditangguh kerana tarikh perbicaraan mereka jatuh dalam tempoh PKP.

Bagaimanapun, pada 20 Januari, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mengeluarkan arahan, iaitu walaupun kerajaan menguatkuasakan PKP, semua prosiding kes jenayah termasuk yang berkepentingan awam seperti rasuah dan jenayah komersial, akan terus dijalankan di mahkamah terbuka, berkuat kuasa 27 Januari.

Semakan menerusi laman web kehakiman mendapati perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB yang dihadapi Najib di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan ditetapkan pada 9.30 pagi esok.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohamad Mustaffa P. Kunyalam mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

“Mahkamah, pada Rabu, akan mendengar permohonan Datuk Seri Najib untuk menggugurkan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwa dalam kes itu. TPR Ahmad Akram Gharib akan mengetuai pasukan pendakwaan,” katanya.

Pada 12 Jun tahun lalu, Najib memfailkan permohonan untuk menggugurkan Sri Ram, disokong dengan dua afidavit, iaitu satu dikemukakan oleh Najib dan satu lagi oleh bekas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali.

Najib, 67, dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, 45, dibicarakan atas tuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Najib yang juga ahli Parlimen Pekan, dituduh menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan ke atas laporan audit akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)  bagi mengelakkan tindakan diambil terhadapnya, sementara Arul didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan itu untuk melindungi Najib daripada dikenakan tindakan.

Sementara itu, perbicaraan kes Ahmad Zahid yang dijadualkan bersambung pada hari sama di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah dilapangkan kerana Presiden Umno itu sedang menjalani kuarantin kendiri selepas melakukan ujian calitan Covid pada 20 Januari.

Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran mengesahkan penangguhan itu.

“Tarikh esok dilapangkan. Kami baru sahaja menerima makluman daripada mahkamah,” katanya ketika dihubungi.

Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid, mengesahkan anak guamnya kini menjalani kuarantin kendiri.

Zahid, 68, menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan berkaitan rasuah dan 27 lagi bersangkutan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit daripada dana Yayasan Akalbudi.

Untuk perbicaraan Najib esok, pegawai mahkamah memberitahu wakil media akan ditempatkan di dalam sebuah bilik berasingan dilengkapi video yang menerima suapan langsung prosiding dari mahkamah terbuka.

Ini sebagai mematuhi prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

“Hanya 20 wakil media akan dibenarkan berada di dalam bilik berkenaan bagi kes melibatkan kepentingan awam dan mereka juga perlu mendaftar untuk mendapatkan pas kebenaran,” katanya.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

BN, PH keluarkan kenyataan hampir serupa ditandatangan Zahid dan Anwar

Dua kenyataan yang dikeluarkan kedua-dua pemimpin itu mirip dari sudut bahasa, gaya dan susunan.

Bersatu akan bincang keputusan Umno tolak kerjasama PRU15

Bersatu juga akan membawa perbincangan itu dalam mesyuarat bersama parti gabungan Perikatan Nasional.

Program imunisasi bantu pulih perniagaan, ekonomi, kata Mustapa

Vaksinasi lebih ramai rakyat dapat meningkatkan keyakinan pengguna untuk keluar berbelanja.

Kes baru Covid-19 kembali turun bawah 2,000

5 lagi kematian menjadikan jumlah 1,135 keseluruhannya.

Sesi persekolahan murid prasekolah, Tahun 1,2 bermula hari ini

Bagi murid yang belum mempunyai pakaian seragam, kementerian pendidikan (KPM) membenarkan mereka memakai pakaian biasa.