- Iklan -
Berita

Covid-19 pecah rekod harian lagi, 4,275 kes baru dilaporkan

Pesakit pulih turut mencatatkan angka tertinggi setakat ini iaitu 4,313 orang.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memeriksa dokumen sebelum membenar penghantar barangan masuk ke kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur.
Penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memeriksa dokumen sebelum membenar penghantar barangan masuk ke kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur.

Sebanyak 4,275 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk 11 jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 180,455, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 4,313 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 137,019 kes.

“Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,421 kes diikuti Kuala Lumpur 548 dan Sabah 498 kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 42,769.

“Daripada jumlah itu 260 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 103 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat tujuh lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 667 orang.