Thursday, February 18, 2021

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan afidavit Shafee

Afidavit itu mengandungi dakwaan bahawa beliau menerima RM9.5 juta daripada Najib Razak.

Other News

Dalit teen girls found tied, dead on family farm in India

The girls were bound with their own clothes but police say they suspect poisoning as cause of death.

Hong Kong sees big demand for burner phones as govt pushes contact-tracing app

In Hong Kong there is a deep-seated mistrust of government public policies, including measures to curb Covid-19.

Najib akan beri keterangan bicara kes rasuah Rosmah

Peguam Rosmah, Jagjit Singh berkata bekas perdana menteri itu adalah antara saksi pembelaan yang akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Cops arrest ‘sugar daddy’ website boss

Sugarbook bills itself as a site 'where romance meets finance' and aims to link up older men with younger women, with the men expected to provide financial support for their companions.

Najib to testify in Rosmah’s graft trial

Her lawyer says Najib will be called alongside other defence witnesses when proceedings begin in June.

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan peguam Muhammad Shafee Abdullah untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang enggan memadamkan afidavit yang mengandungi dakwaan bahawa beliau menerima RM9.5 juta daripada Najib Razak.

Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf memutuskan bahawa semua perkara yang ingin dibangkitkan Muhammad Shafee dalam prosiding hari ini, boleh dikemukakan dalam perbicaraan rayuan utama di Mahkamah Rayuan yang dijadualkan pada Mac.

Keputusan itu dibuat setelah peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee, bersetuju untuk menarik balik permohonan kebenaran untuk merayu sekiranya pihak-pihak bersetuju bahawa isu mengenai pengesahan afidavit tersebut belum dapat ditentukan.

Peguam Gopal Sri Ram yang mewakili Anwar Ibrahim dan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bagi pihak kerajaan berhujah bahawa permohonan kebenaran merayu Muhammad Shafee adalah terlalu awal kerana isu kebolehterimaan afidavit itu boleh dibangkitkan dan ditentukan di Mahkamah Rayuan.

Prosiding hari ini di hadapan Rohana serta hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan dan Harmindar Singh Dhaliwal dijalankan secara dalam talian.

Muhammad Shafee memohon mendapatkan kebenaran untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak untuk memadamkan afidavit pegawai tugas khas bekas peguam negara Tommy Thomas.

Afidavit difailkan Siti Rahayu Mohd Muzamani, yang mengandungi dakwaan bahawa RM9.5 juta telah dibayar kepada Muhammad Shafee daripada akaun bank Najib antara 2013 dan 2014.

Mahkamah Rayuan pada 2018, bagaimanapun, membenarkan Muhammad Shafee mencelah dalam rayuan Anwar berhubung tindakan sivilnya terhadap kerajaan atas sabitan liwat terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, ahli Parlimen Port Dickson, mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 November 2017 yang membenarkan permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemulanya dan rayuan itu dijadualkan didengar pada 5 Mac.

Dalam saman pemula yang difailkan pada 9 Jun 2017 terhadap kerajaan, Anwar memohon perisytiharan bahawa sabitan terhadap beliau oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 adalah ultra vires terhadap Perlembagaan Persekutuan dan dengan itu adalah batal dan tidak sah.

Beliau juga memohon untuk membatalkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah mengekalkan sabitannya.

Dalam afidavitnya, Anwar mendakwa Muhammad Shafee menerima RM9.5 juta daripada Najib untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan berhubung sabitannya bagi kesalahan meliwat.

Anwar disabitkan dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful dan keputusan itu telah dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan. Anwar, bagaimanapun diberikan pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei 2018.

Peguam J. Leela mewakili Anwar manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan bersama Suzana bagi pihak kerajaan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Anwar beritahu saya dia tidak mampu kawal ‘budak-budak jahatnya’, kata Mahathir

Bekas perdana menteri memberikan sedikit bayangan mengenai pertemuan peribadi dengan lelaki yang dinamakan untuk menggantikan tempatnya.

Anwar fail rujuk soalan pengisytiharan darurat ke Mahkamah Persekutuan

Soalan yang dikemukakan keputusan menasihati dan/atau nasihat yang diberikan oleh Kabinet yang dipimpin oleh perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mahkamah isytihar Rosliza Ibrahim sebagai bukan Islam

Wanita berbapakan seorang Islam dan ibu penganut agama Buddha, berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

PH ambil tindakan undang-undang, dakwa darurat dilakukan sebab arahan PM

PH berkata, perdana menteri bersama Kabinet bertindak secara tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bukit Aman siasat Anwar kerana desak Agong batalkan darurat

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan menerima laporan polis terhadap ahli politik itu.