Sunday, May 9, 2021

Kerajaan ikrar permudah pengeluaran KWSP selepas RM24 billion diluluskan untuk 3 juta pemohon

KWSP diminta untuk memudahkan proses pembayaran pendahuluan i-Sinar Kategori 2, yang akan dibuat mulai 26 Januari.

Other News

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan akan memudahkan pengeluaran kemudahan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang setakat ini meluluskan lebih tiga juta permohonan berjumlah RM24 bilion.

Katanya, penambahbaikan akan dilakukan ke atas Program i-Sinar terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta bencana banjir.

“Kerajaan dimaklumkan bahawa KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,” katanya dalam satu pengumuman khas Pakej Bantuan Pelindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (Permai) yang disiarkan secara langsung hari ini.

Kemudahan i-Sinar dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan akibat Covid-19 bermula 21 Disember yang lepas.

Melalui kemudahan itu pencarum KWSP boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk baki minimum RM100.

Pengeluaran akan dibuat secara berkala sehingga enam bulan dan ahli yang layak merangkumi mereka yang hilang kerja, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.

Tambahnya, kerajaan juga meminta KWSP memudahkan proses pembayaran pendahuluan ini, yang akan dibuat mulai 26 Januari.

“Proses pembayaran pendahuluan i-Sinar Kategori 2 juga dipermudahkan dengan ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan dan menghantar dokumen sokongan secara dalam talian,” katanya.

Maklumat lanjut akan diumumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles