- Iklan -
Berita

2,232 kes baru Covid-19, 1,006 pulih, 4 lagi kematian dilaporkan

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 28,554.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang pejalan kaki memakai pelitup muka melalui kawasan lukisan mural Jalan Panggung, Kuala Lumpur.
Seorang pejalan kaki memakai pelitup muka melalui kawasan lukisan mural Jalan Panggung, Kuala Lumpur.

Sebanyak 2,232 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk enam jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 138,224, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 1,006 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 109,115 kes atau 78.9%.

“Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 557 kes, diikuti Johor 396 dan Sabah 374 kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 28,554.

“Daripada jumlah itu 187 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 87 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat empat lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 555 orang.

Katanya terdapat lapan lagi kluster baru dikesan.

“Masing-masing dua kluster dilaporkan di Kelantan (Kluster Kampung Renok, Kluster Kampung Geting) dan Terengganu (Kluster Kubang Bujuk, Kluster Kejaya),” katanya.

Kluster lain termasuk Kluster Jalan Keluli di Johor dengan 42 kes positif, Kluster Medan Idaman di Kuala Lumpur (10 kes), Kluster Jelita di Sarawak (8 kes) dan Kluster Lumut Barat di Perak (11 kes).