Sunday, February 28, 2021

Jumlah mangsa banjir di 4 negeri menurun, Johor meningkat

Beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perak ditutup.

Other News

Kes baru Covid-19 kekal lebih 2,000, 10 lagi kematian direkodkan

3,320 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 270,166 kes.

New cases stay above 2,000 as 10 more deaths reported

190 in the ICU, 99 in need of respiratory assistance.

Hamid Bador jelaskan mengenai kompuan RM10,000

Katanya ramai yang salah faham dan bimbang dengan jumlah kompaun sehingga RM10,000.

RM10,000 fine not for all SOP offences, top cop explains

Abdul Hamid Bador says the RM10,000 compound will not be issued for offences such as failure to wear face masks.

Radzi, 4 guru terima suntikan vaksin Covid-19

Radzi menyeru rakyat Malaysia termasuk lebih 500,000 guru di seluruh negara untuk segera mendaftarkan diri.

Jumlah mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perak  terus menunjukkan trend penurunan petang ini setelah beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri itu ditutup.

Namun begitu, situasi berbeza di Johor, apabila negeri tersebut kembali dilanda bencana itu selepas beberapa bandar utamanya mula ditenggelami air akibat hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Di Pahang, jumlah mangsa banjir berkurangan sedikit petang ini, dengan 25,392 orang daripada 6,885 keluarga masih berada di 258 PPS di sembilan daerah.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan daerah Temerloh masih merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 11,909 orang diikuti Maran (3,577 orang), Pekan (2,406 orang), Lipis (2,200 orang), Bera (1,565 orang), Raub (1,472 orang) Jerantut (1,286 orang), Kuantan (777 orang) dan Rompin (200 orang).

Sementara, Tinjauan Bernama di Temerloh mendapati banjir di beberapa lokasi mulai surut membolehkan Jalan Temerloh-Mentakab dilalui kenderaan ringan.

Di Terengganu, dua daerah mencatatkan penurunan jumlah mangsa kepada 6,981 orang di 24 PPS setakat 3 petang ini berbanding 10,086 orang pada 8 pagi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata Kemaman masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 6,169 orang manakala di Dungun pula jumlah mangsa ialah 812 orang.

Situasi sama turut berlaku di Kelantan apabila jumlah mangsa banjir yang dipindahkan membabitkan dua jajahan berkurang kepada 2,118 setakat 3 petang ini berbanding 2,990 pada pagi tadi yang ditempatkan di 24 PPS.

Berdasarkan aplikasi Info Bencana JKM ketika ini PPS di jajahan Tanah Merah telah ditutup sepenuhnya manakala di Pasir Mas merekodkan seramai 1,334 mangsa yang ditempatkan di 14 PPS, dan sebanyak 10 PPS di Kuala Krai yang masih aktif bagi menempatkan 784 orang.

Di Perak, hanya tinggal satu PPS yang dibuka iaitu di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan dalam daerah Hilir Perak yang menempatkan seramai 59 mangsa banjir, setakat 1 tengah hari ini.

Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, sebuah pusat pemindahan di dewan orang ramai Kampung Perah, Gerik di daerah Hulu Perak yang dibuka sejak 6 Januari lepas telah ditutup tengah hari tadi selepas banjir pulih dan penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selain cuaca di kebanyakan tempat pada hari ini cerah.

Bagaimanapun, di Johor, hujan lebat di Johor Bahru dan Kota Tinggi sejak 11 malam tadi sehingga kini mengakibatkan beberapa kawasan di daerah itu mulai dinaiki air setelah keadaan banjir di kawasan berkenaan dilihat beransur pulih sejak dua hari lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat mendadak kepada 1,251 orang daripada 382 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 479 orang daripada 128 keluarga yang direkodkan pada 8 pagi tadi.

“Kota Tinggi merupakan daerah yang paling ramai merekodkan mangsa iaitu seramai 569 orang, diikuti Mersing (320), Johor Bahru (268 orang) dan Segamat (94 orang). Kesemua mereka ditempatkan di 27 PPS di empat daerah berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Jalan Felda Semenchu (FT1406) dekat Kota Tinggi ditutup untuk semua kenderaan kerana dinaiki air.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat dijangka berterusan di daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Pontian, Kluang dan Batu Pahat manakala amaran buruk dikeluarkan bagi Segamat dan Mersing (hujan lebat dijangka berterusan) serta waspada bagi Tangkak dan Muar.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Mangsa banjir Sarawak meningkat kepada 133 orang

Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara kini beroperasi di dua daerah yang dilanda banjir sejak semalam.

Banjir di Sarawak, Pahang semakin pulih

Keadaan banjir di Sabah tidak banyak berubah dengan lapan daerah masih terjejas.

Mangsa banjir di Sabah terus meningkat

Keadaan di Sarawak kekal, Pahang pula semakin pulih.

Program vaksinasi Covid-19 mengikut jadual, kata PM

Program vaksinasi ini berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan.

Mangsa banjir di Sabah bertambah

Keadaan di Pahang dan Sarawak semakin pulih.