Thursday, March 4, 2021

Mahkamah beri amaran kepada Najib kerana ‘serang’ Zeti

Najib Razak diminta agar tidak mengulangi 'serangan secara maya' terhadap bekas gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz.

Other News

Pematuhan SOP keselamatan di lebuh raya masih lemah

Insiden kemalangan boleh dielakkan jika pihak pemaju dan kontraktor mengamalkan SOP yang betul.

Umno bakal tangguh pemilihan, tanding PRU15 sebagai pembangkang

Penangguhan tersebut adalah bagi memberikan masa kepada Umno untuk bersedia menghadapi PRU15.

Umno to delay party polls as it enters GE fray as opposition

This is the second time in three years that the party will defer its polls.

Ban on full facial coverings to be put to vote in Switzerland

The ban would mean that nobody could cover their face completely in public – whether in shops or the open countryside, although exceptions will be made for places of worship.

Jerman longgar peraturan sekatan Covid-19

Jerman benarkan pertemuan ahli dua buah rumah termasuk kanak-kanak.

Mahkamah Tinggi hari ini mengeluarkan amaran keras kepada bekas perdana menteri Najib Razak agar tidak mengulangi “serangan secara maya” terhadap bekas gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz.

Dalam keputusannya, Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata walaupun tidak ada keperluan untuk mahkamah mengenakan “gag order” (perintah sekatan) terhadap Najib, ahli Parlimen Pekan itu harus berhenti membuat kenyataan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seolah-olah perbicaraan itu berlangsung dalam domain awam.

“Sehubungan itu, mahkamah ini mengeluarkan amaran keras kepada tertuduh agar tidak mengulangi perbuatannya dan mahkamah akan mengambil apa juga tindakan yang perlu bagi melindungi integriti institusi ini,” kata hakim.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan pada Selasa menggesa mahkamah mengenakan amaran keras terhadap Najib kerana melakukan “serangan” ke atas Zeti yang merupakan seorang saksi dalam kes 1MDB, menerusi Facebook beliau.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram membangkitkan isu itu susulan kenyataan Najib dalam hantaran menerusi Facebooknya pada 29 Disember lepas mendakwa Zeti menerima wang daripada 1MDB.

Sequerah berkata kenyataan yang dibuat oleh Zeti dalam kedua-dua temu bualnya tidak mewajarkan tertuduh untuk bertindak balas dengan membuat hantaran melalui Facebook.

“Apa yang dinyatakan oleh tertuduh dalam hantarannya itu boleh disifatkan, secara keseluruhannya, sebagai satu serangan ke atas saksi,” kata hakim.

Terdahulu, peguam utama pasukan pembelaan Najib, Muhammad Shafee Abdullah menghujahkan bahawa hantaran dalam Facebook Najib merupakan respons terhadap kenyataan Zeti dalam dua artikel yang diterbitkan dalam talian.

“Dalam satu daripada temu bual itu, iaitu dengan portal berita TheEdgemarkets.com yang diterbitkan pada 3 Julai 2018,  beliau (Zeti) terus menyerang anak guam saya sehari sebelum pertuduhan terhadapnya  berkaitan SRC International Sdn Bhd dibuat pada keesokannya (4 Julai 2018).

“Kenyataan Zeti (semasa siasatan kes SRC International dan 1MDB) dirakam kerana beliau merupakan sebahagian daripada pasukan petugas khas 1MDB yang menyiasat skandal melibatkan dana kekayaan berdaulat itu,” kata Muhammad Shafee.

“Tan Sri Zeti tahu beliau berpotensi menjadi saksi. Anak guam saya tidak tahu, tapi beliau (Zeti) boleh menjangkakannya,” tambah beliau.

Muhammad Shafee ketika menamatkan hujahnya berkata mahkamah perlu menimbang hak kebebasan bersuara rakyat yang diperuntukkan menerusi Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, dan sama ada isu itu merupakan penghinaan mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib menghujahkan bahawa satu lagi portal yang menyiarkan temu bual Zeti iaitu euromoney.com, hanya menumpukan pada isu ekonomi.

“Dalam artikel itu tidak ada kenyataan yang boleh dianggap sebagai serangan peribadi ke atas Najib, manakala artikel kedua yang diterbitkan oleh  theedgemarkets.com merupakan jawapan Zeti terhadap dakwaan Najib yang dibuat dalam temu bual sebelum itu.

“Tan Sri Zeti menjawab kenyataan tentang beliau. Malah, pada waktu itu beliau juga tidak termasuk dalam senarai saksi. Jelas, ini merupakan kes menghina mahkamah. Kami memohon mahkamah mengeluarkan amaran agar perkara ini tidak berulang,” katanya.

Dalam hantaran Facebooknya, Najib menggesa Zeti agar menjawab dakwaan sebuah blog bahawa keluarganya menerima RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang turut merangkumi dana 1MDB.

Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.

Perbicaraan bersambung 8 Februari.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Deloitte setuju penyelesaian RM324 juta berkaitan 1MDB, SRC International

MoF berkata penyelesaian oleh Deloitte ini merupakan penyelesaian berkaitan 1MDB terbesar oleh sebuah firma audit di Asia Tenggara.

Polis masih siasat suami Zeti Akhtar terima dana 1MDB

Menurut beberapa laporan suami Zeti, Tawfiq Ayman dan anak-anaknya mengawal akaun mencurigakan berhubung dana 1MDB.

Cops still investigating Zeti’s husband over 1MDB funds claim

Tawfiq Ayman remains under investigation under Section 4(1)(a) of the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001.

Deloitte to pay RM324 million in 1MDB, SRC International settlement

This is the largest 1MDB-related settlement by an audit firm in Southeast Asia, says finance ministry.

Key attorney in 1MDB settlement to depart Goldman Sachs, report says

Karen Seymour had played a central role in negotiating a US$2.9 billion criminal settlement with the DoJ that saw Goldman announce it 'accepted responsibility' over the scandal involving 1MDB.