Friday, May 7, 2021

Debat undian elektoral pilihan raya AS ditangguh, penyokong Trump merusuh

Dewan Kongres dan Senat mengadakan sidang berkenaan untuk mengesahkan kemenangan Joe Biden.

Other News

Debat undian elektoral Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) terpaksa ditangguhkan semalam berikutan rusuhan keganasan dilakukan penyokong Presiden Donald Trump di bangunan Capitol ketika proses itu berlangsung.

Dewan Kongres dan Senat mengadakan sidang berkenaan untuk mengesahkan kemenangan Joe Biden pada pemilihan Presiden AS 3 November lalu.

Proses itu bagaimanapun tidak dapat diteruskan selepas penyokong Trump yang sebelum itu mengadakan demonstrasi di luar bangunan Capitol merusuh dan memasuki kawasan larangan di dalam dewan.

Rusuhan dan tunjuk perasaan itu dikatakan berlaku selepas Trump berucap di hadapan penyokongnya di bandar raya ini untuk tidak mengaku kalah ke atas Biden pada pilihan raya presiden yang lalu.

Beberapa Senator Republikan dilaporkan mahu mencabar keputusan di beberapa negeri.

Bagaimanapun usaha itu gagal kerana tiada cukup sokongan.

Dewan Kongres dan Senat terpaksa ditangguh semalam, selepas penyokong Trump merusuh dan bertembung dengan anggota keselamatan bangunan Capitol.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles