Saturday, February 20, 2021

Tak mustahil Umno kerjasama dengan DAP, kata Tajuddin

Umno juga merasakan kerjasama dengan Bersatu bakal “terkubur” ekoran keadaan politik ketika ini.

Other News

New pandemic cases down by half since January

This is the sharpest and most prolonged decline since the start of the pandemic.

BioNTech/Pfizer say vaccine can stand warmer temperatures

The companies have asked the US FDA to allow for the vaccine to be stored for up to two weeks at -25 to -15 degrees Celsius instead of the -80 to minus -60 degrees Celsius under existing guidelines.

Armada sambut agenda pemerkasaan digital, gesa pelaksanaan menyeluruh

Armada berharap keghairahan ini menepati keperluan untuk memastikan akses internet adalah menyeluruh ke segenap ceruk di dalam negara.

Jumlah kes aktif Covid-19 terus menurun, 4,889 dilaporkan pulih

2,936 kes baru, 13 lagi kematian hari ini.

New cases stay under 3,000 as 13 more deaths reported

2,936 new cases, 4,889 recoveries.

Pengarah Pilihan Raya Umno, Tajuddin Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan sebarang kerjasama partinya dengan DAP dan PKR, selepas timbul beberapa desakan daripada kumpulan yang dipimpin oleh bekas perdana menteri, Najib Razak untuk keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Apa sahaja boleh berlaku dalam politik,” katanya kepada pemberita hari ini, ketika ditanya apakah Umno bersedia membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), gabungan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah.

Majlis Kerja Tertinggi Umno, yang turut dianggotai Tajuddin, dijangka mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi membincangkan gesaan yang dibuat berulang kali daripada semua akar umbi untuk keluar dari kerajaan PN.

Tajuddin juga sempat menyindir Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa kerana sering melafazkan tolak sebarang kerjasama dengan Anwar Ibrahim dan DAP, PKR.

“Dia selalu mengatakan ‘Tidak DAP, Tidak Anwar’, seolah sedang meratip (mengulangi).”

Tambahnya, Umno juga merasakan kerjasama dengan Bersatu bakal “terkubur” ekoran keadaan politik ketika ini yang menunjukkan parti Melayu itu tiada kedudukan dalam kerajaan untuk memperkasakan parti.

“Banyak yang berlaku apabila Bersatu dilihat cuba untuk mengembangkan sayapnya hingga ke peringkat akar umbi. Ahli Umno dipujuk untuk tinggalkan Umno. Bersatu nak tubuh cawangan seluruh pelusuk kampung dan yang diambil jadi ahli adalah orang Umno.

“Kerana mereka ada kuasa, kedudukan dan ada duit. Jadi kami lihat Bersatu akan kembangkan partinya menjadi besar sehinggakan Umno menjadi parti kecil malah sekarang dalam Kabinet pun Umno hanya mendapat jawatan-jawatan kecil.”

“Dia selalu mengatakan ‘Tidak DAP, Tidak Anwar’, seolah sedang meratip (mengulangi).”

Pada 2 Januari, Tajuddin, yang merupakan antara orang kuat dalam Umno menyatakan tidak akan menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dan pada masa yang sama menyindir PAS kerana melanggar piagam Muafakat Nasional yang ditandatangani bersama pada 2019.

Parti Islam itu sebelum ini menegaskan tidak akan meninggalkan PN, dan sering melaungkan sokongannya terhadap kepimpinan Muhyiddin.

Menurut Tajuddin, PAS seharusnya mengutamakan kerjasama dengan Umno selepas ia terbukti berjaya dalam beberapa pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini ketika sama-sama dalam blok pembangkang.

“Kami berharap PAS untuk terus setia bersama-sama dengan kami,” tambahnya.

Tajuddin berkata, Umno sebelum ini menyokong kerajaan PN yang dipimpin oleh Bersatu tahun lalu kerana mahukan kestabilan politik.

“Kami sangka sumbangan Umno akan diiktiraf, tetapi sayangnya (ini tidak berlaku).”

Ketika ditanya adakah kesemua 39 ahli Parlimen Umno akan menyokong sebarang keputusan untuk keluar daripada kerajaan sekarang, Tajuddin berkata hanya dengan seorang atau dua ahli Parlimen diperlukan untuk menumbangkan kerajaan PN.

Mengulas tindakan Pengerusi Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub meletak jawatan pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Tajuddin berkata ia ibarat menarik diri daripada menyokong kerajaan PN.

“Mungkin itu triggered (pencetus) bukan sahaja Umno yang menolak Bersatu pada PRU15 tetapi Jazlan seorang ahli Parlimen yang menjadi anggota PN, sebab tanpa sokogan ahli Parlimen Umno, PN tidak boleh berdiri tegak.

“Tindakan Jazlan pada bacaan saya dia menarik diri menyokong PN jadi berkurang satulah kalau betul,” katanya sambil memaklumkan beliau tidak mengetahui selepas ini berapa ramai lagi ahli Parlimen Umno yang akan melepas jawatan lantikan politik kerajaan PN.

Tajudddin bagaimanapun memaklumkan, secara dasarnya Umno masih kekal menyokong kerajaan PN sehingga PRU15.

“Sekarang ini tidak timbul keluar dari kerajaan (en block) itu tidak dapat lagi kita lihat apa pendirian parti terhadap kerajaan PN.

“Jangan salah faham ia bukan melibatkan keputusan MKT untuk bekerjasama dengan mana-mana pembangkang jika Umno terus ditekan sudah pasti Umno perlukan survival mencari rakan baru.

“Umno akan fikirkan bagaimana untuk bangkitkan semula sebagai sebuah parti.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

DAP, PKR derma RM80,000 kepada Malaysiakini

Portal Malaysiakini didenda RM500,000 oleh Mahkamah Persekutuan hari ini selepas didapati bersalah kerana menghina mahkamah.

PKR, DAP fork out RM80,000 donation to Malaysiakini

The news portal says it has succeeded in collecting RM505,000, with details on its plans for the extra funds to be issued later.

Lebih baik DAP kembalikan sistem Residen seperti zaman penjajah British-Malaya

Rakyat tahu, DAP ini jenis yang rasa hanya kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang terbaik dan kerajaan lain adalah buruk, busuk dan teruk sahaja.

Pressure builds to drop Tajuddin as election director as Umno feels GE15 heat

Talk of an end to his role is fuelled by reported unhappiness over his criticism of other bureaus in the party and a failure to retain Umno's allies.

Varsities’ ranking race akin to Macau scams, says academic

Professor Ahmad Murad Merican also hits out at KPIs set for lecturers which pressure them to publish multiple articles per year.