- Iklan -
Berita

Ringgit bawah 4.0 berbanding dolar AS, tertinggi sejak 2018

Pada pukul 10.30 pagi, mata wang ringgit diniagakan RM3.995 berbanding dolar AS.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penganalisis sebelum ini meramalkan ringgit akan mengukuh antara RM3.80 hingga RM3.90 berbanding dolar pada tahun ini.
Penganalisis sebelum ini meramalkan ringgit akan mengukuh antara RM3.80 hingga RM3.90 berbanding dolar pada tahun ini.

Hari pertama dagangan untuk tahun 2021 menyaksikan ringgit dibuka tinggi sejak Jun 2018.

Pada pukul 10.30 pagi, mata wang ringgit diniagakan RM3.995 berbanding dolar AS hari ini.

Penganalisis sebelum ini meramalkan ringgit akan mengukuh antara RM3.80 hingga RM3.90 berbanding dolar pada tahun ini, dengan jangkaan ekonomi kembali pulih dan berita mengenai vaksin Covid-19.

Ringgit mula menunjukkan penurunan pada akhir 2014, dan sejak itu berlaku kenaikan harga barangan makanan dan perkhidmatan.

Ringgit dan rupiah Indonesia antara mata wang mencatatkan prestasi terburuk di rantau Asean.