Thursday, October 21, 2021

Bekas speaker DUN Johor, Mohamad Aziz meninggal dunia

Beliau merupakan speaker DUN Johor dari 2013 hingga 2018 dan pernah dipilih sebagai Adun Parit Yaani serta ahli Parlimen Sri Gading dari 1986 hingga 2013.

Other News

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Mohamad Aziz meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru malam tadi.

Anak Allahyarham, Shukur, ketika dihubungi mengesahkan Mohamad, 80, meninggal dunia pada 10.10 malam.

Beliau berkata jenazah bapanya akan dibawa pulang ke kediaman di Jalan Kemuncak 12, Taman Nong Chik di Johor Bahru dan dijangka dikebumikan pada 9.30 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Aliff.

Allahyarham dilantik sebagai Speaker DUN Johor dari 2013 hingga 2018 dan pernah dipilih sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Parit Yaani serta ahli Parlimen Sri Gading dari 1986 hingga 2013.

Beliau juga pernah menjadi exco kerajaan negeri serta memegang portfolio pengerusi Pembangunan Sosial dan Kebajikan Masyarakat.

Dalam bidang politik, Mohamad pernah dilantik sebagai timbalan pengerusi tetap Umno bagi tempoh 2009 hingga 2017 dan menjadi ketua Umno Bahagian Sri Gading.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles