Saturday, May 8, 2021

Ku Nan adakan majlis kahwin anak di pintu masuk mahkamah persekutuan

Majlis diadakan dua minggu selepas bekas menteri itu dilepaskan tanpa dibebaskan atas dakwaan kerana rasuah RM1 juta.

Other News

Tindakan pihak berkuasa Putrajaya membenarkan majlis peribadi diadakan di pintu masuk Istana Kehakiman yang menempatkan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan menimbulkan persoalan.

MalaysiaNow difahamkan, Perbadanan Putrajaya, pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap pusat pentadbiran itu memberikan kebenaran kepada bekas menteri Wilayah Persekutuan untuk mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya.

Majlis ini diadakan dua minggu selepas Tengku Adnan dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggu berhubung kes rasuah melibatkan RM1 juta.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan ahli politik itu masih belum lagi dibebaskan dan terdapat perkembangan baru mengenai kes tersebut yang sudah pun dikemukakan pihak tertuduh berserta satu laporan dibuat.

Bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor. Gambar: Bernama

Kad jemputan perkahwinan itu yang dilihat MalaysiaNow mengingatkan tetamu untuk berada dalam kenderaan kerana majlis perkahwinan ini berkonsepkan “pandu lalu”.

Difahamkan tetamu diingatkan untuk terus berada dalam kenderaan dan tiada laluan untuk pejalan kaki.

Konsep perkahwinan seperti ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kementerian kesihatan berhubung penjarakkan sosial kerana Putrajaya masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sumber memberitahu MalaysiaNow kebenaran diberikan kepada Tengku Adnan kerana beliau adalah ahli Parlimen Putrajaya selain perlu memastikan SOP diamalkan.

MalaysiaNow masih menunggu respons daripada Perbadanan Putrajaya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles