Tuesday, March 2, 2021

Ku Nan masih ada satu lagi kes rasuah, kata SPRM

Kes itu tidak mempunyai kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan Ku Nan atas tuduhan rasuah RM1 juta.

Other News

Rayuan saman fitnah NFCorp terhadap Nurul Izzah ditolak

Mahkamah memerintahkan NFCorp dan Mohamad Salleh membayar kos RM50,000.

Muhyiddin’s report card, one year on

In assessing Muhyiddin, one must take into account the twin crises that coincided with his premiership: the Covid-19 pandemic and the resulting economic fallout.

Kes baru Covid-19 kembali turun bawah 2,000

5 lagi kematian menjadikan jumlah 1,135 keseluruhannya.

New cases dip below 2,000

Five more deaths take toll to 1,135.

Pembunuhan pengasas Ambank, mahkamah kekal hukuman mati pesalah

Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf turut mengekalkan hukuman penjara 18 tahun yang dijatuhkan ke atas Koong Swee Kwan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu terdapat satu lagi kes rasuah terhadap bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor yang masih menunggu keputusan dan ia tidak mempunyai kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

SPRM berkata pihaknya sudah dimaklumkan dengan keputusan untuk melepas tanpa membebaskan Tengku Adnan atas pertuduhan menerima rasuah RM1 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2013.

“Keputusan melepas tanpa membebaskan ini tidak bermaksud beliau dibebaskan sepenuhnya namun masih boleh dituduh pada bila-bila masa sekiranya diberi keizinan mendakwa daripada Jabatan Peguam Negara,” kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

Awal hari ini, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim memaklumkan bahawa pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes terhadap Tengku Adnan, 69.

Bagaimanapun, SPRM berkata terdapat perkembangan baru mengenai kes tersebut yang sudah pun dikemukakan pihak tertuduh berserta satu laporan dibuat terhadap seorang saksi kes yang memerlukan siasatan lanjut oleh agensi anti rasuah tersebut.

“SPRM akan memulakan siasatan dengan perkembangan baru tersebut dan mengemukakan semula kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk pertimbangan setelah semuanya selesai.”

Perbicaraan kes rasuah berkenaan bermula pada 20 September 2019 dengan pihak pendakwaan memanggil dua saksi sepatutnya bersambung hari ini untuk saksi memberi keterangan.

Pada 15 November 2018, Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai “Ku Nan” mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima suapan RM1 juta daripada Tan Eng Boon melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank kepunyaannya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan sebagai upah untuk membantu permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) menambah nisbah plot sebidang tanah berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak di sini diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Tingkat 2, Blok Podium, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, di Kuala Lumpur pada 27 Disember 2013.

Bekas menteri Wilayah Persekutuan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Pengarah syarikat didakwa songlap RM603,000 wang syarikat

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

Perbicaraan kes rasuah RM6.35 juta bekas SU politik Mat Sabu pada 15 Mac

Azhar berdepan dengan lima pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM6.35 juta daripada sebuah syarikat kontraktor.

End to Ku Nan’s era as Khairy tipped to contest in Putrajaya?

This comes as Umno number two Mohamad Hasan eyes a parliamentary debut through the Rembau federal seat in Negeri Sembilan.

Bicara kes pengubahan wang haram Rosmah bermula November

Peguam Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah turut mengesahkan tarikh perbicaraan berkenaan.

Jabatan Peguam Negara bantah permohonan NGO cabar kerajaan hantar pulang pelarian Myanmar

Dua badan bukan kerajaan (NGO) mencabar keputusan kerajaan Malaysia untuk menghantar pulang 1,200 pelarian warganegara Myanmar ke negara asal.