Monday, March 8, 2021

Ku Nan dilepas tanpa dibebas tuduhan rasuah RM1 juta

Keputusan itu selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes terhadap Tengku Adnan.

Other News

Pengeluaran RM17.9 juta dari Yayasan Akalbudi adalah kesalahan pecah amanah, kata saksi

Pengeluaran wang itu tidak mendapat persetujuan Lembaga Pemegang Amanah yang lain.

PAS Perak buat laporan terhadap Harakatdaily

PAS mendakwa akaun satira Harakatdaily menyebarkan kandungan berunsur fitnah.

Pesawah digesa lapor manipulasi harga benih padi sah kepada kementerian

Kerajaan jamin benih padi sah sentiasa mencukupi untuk kegunaan pesawah.

Slots of vaccine recipients not listed under Phase 1 cancelled, says Khairy

He says some centres had already finished vaccinating frontliners and had added individuals from other agencies not listed under the first phase.

DAP says no party-to-party cooperation with Umno for GE15

DAP secretary-general Lim Guan Eng says any cooperation will be on an ad hoc basis, such as in efforts to convene Parliament.

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini melepas tanpa membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor atas pertuduhan menerima rasuah RM1 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2013.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim memaklumkan bahawa pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes terhadap Tengku Adnan, 69.

“Terdapat perkembangan baru dalam kes ini yang perlu disiasat dengan lebih lanjut. Pihak pendakwaan juga tidak mahu membazirkan masa mahkamah kerana tidak tahu tempoh masa yang perlu diambil untuk menyiasat perkembangan terbaharu itu.

“Pihak kami tidak boleh maklumkan secara terperinci. Apa yang boleh diberitahu ialah terdapat aduan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan seorang saksi dalam kes ini.

“Oleh itu, pihak pendakwaan memohon perintah supaya tertuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan ini,” kata Julia.

Perbicaraan kes itu yang bermula pada 20 September 2019 dengan pihak pendakwaan memanggil dua saksi sepatutnya bersambung hari ini untuk saksi memberi keterangan.

Pada 15 Nov 2018, Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai “Ku Nan” mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima suapan RM1 juta daripada Tan Eng Boon melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akauan CIMB Bank kepunyaan Tengku Adnan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan sebagai upah untuk membantu permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) menambah nisbah plot sebidang tanah berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak di sini diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Tingkat 2, Blok Podium, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, di Kuala Lumpur pada 27 Disember 2013.

Tengku Adnan juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu menerima RM1 juta daripada Tan tanpa sebarang balasan melalui cek Public Bank bernombor 300109 ke dalam akaun tertuduh.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Zahid kini umpama ‘biawak hidup’ BN, kata penganalisis

Banyak langkah politik yang diambil pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi dilihat 'sumbang' kebelakangan ini.

Zahid keluar RM17.9 juta wang yayasan Akalbudi, kata pegawai SPRM

Pegawai SPRM berkata bahawa daripada jumlah itu, RM8.6 juta digunakan untuk membayar deposit saham kepada Ri-Yaz Assets Sdn Bhd.

SPRM tahan setiausaha politik Xavier dalam siasatan kes rasuah

Fazly Razally antara beberapa individu berkait bekas menteri itu yang disiasat kerana rasuah.

Bekas ahli gagal dapat kebenaran cabar keputusan RoS bubar Umno

Keahlian mereka ditamatkan pada 21 April 2018, sehari selepas mereka memfailkan semakan kehakiman itu.

Pengarah syarikat didakwa songlap RM603,000 wang syarikat

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.