- Iklan -
Berita

PN tubuhkan majlis presiden

Usaha PN kukuhkan gabungan dalam berdepan PRU15.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Muhyiddin Yassin mempengerusi mesyuarat PN bersama beberapa ketua-ketua parti malam tadi.
Muhyiddin Yassin mempengerusi mesyuarat PN bersama beberapa ketua-ketua parti malam tadi.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk mencadangkan pembentukan sebuah majlis presiden yang akan dianggotai oleh semua ketua-ketua parti PN sebagai platform untuk membincangkan dasar-dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti.

Selain itu, mesyuarat itu turut memutuskan PN akan segera melaksanakan program-program “flagship” di seluruh negara.

“Program ‘flagship’ di seluruh negara ini bertujuan untuk membantu rakyat daripada semua lapisan masyarakat,” kata Setiausaha Agung PN Hamzah Zainuddin.

Antara pemimpin yang hadir ialah Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden STAR Jeffrey Kitingan dan Presiden SAPP Yong Teck Lee.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas gabungan itu diancam oleh pihak pembangkang untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

PN terdiri daripada Bersatu, PAS dan beberapa parti dari Sabah dan Sarawak, dibentuk pada Februari tahun ini bertujuan menyatukan parti-parti politik yang memberikan sokongan kepada Muhyiddin bagi membentuk kerajaan selepas kejatuhan Pakatan Harapan.

Umno dan Gabungan Parti Sarawak bagaimanapun bukan anggota gabungan itu walaupun menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan PN.