- Iklan -
Berita

Maradona selamat dikebumikan

Tanah perkuburan Bella Vista dipilih kerana ibu bapa Maradona dikebumikan di sana.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Maradona dikebumikan di tanah perkuburan di kawasan perumahan Bella Vista berhampiran Buenos Aires. Gambar: AFP
Maradona dikebumikan di tanah perkuburan di kawasan perumahan Bella Vista berhampiran Buenos Aires. Gambar: AFP

Pemain bola sepak hebat Argentina Diego Maradona selamat dikebumikan di tanah perkuburan di kawasan perumahan Bella Vista berhampiran Buenos Aires, lapor agensi berita Sputnik, memetik penyiar TN.

Tanah perkuburan ini dipilih kerana ibu bapa Maradona dikebumikan di sana.

Penyerang ikonik itu meninggal dunia pada Rabu pada usia 60 tahun akibat serangan jantung.

Dua minggu sebelum kematian beliau, Maradona dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan di bahagian otaknya.

Berlaku pergaduhan dan rusuhan di Buenos Aires pada Khamis ketika majlis perpisahan berlangsung. Sekurang-kurangnya sembilan orang ditahan manakala ramai orang awam, wartawan dan jurukamera RT, mengalami kecederaan.