- Iklan -
Berita

1,041 kes baru Covid-19, 1,045 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Selangor catat kes tertinggi sebanyak 402 jangkitan baru.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kelihatan 2 orang sukarelawan melakukan aktiviti nyahkuman dan semburan aedes sekitar flat PPR Pudu Ulu, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kelihatan 2 orang sukarelawan melakukan aktiviti nyahkuman dan semburan aedes sekitar flat PPR Pudu Ulu, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebanyak 1,041 kes jangkitan baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk dua kes import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 53,679, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 1,045 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 40,493 kes atau 75.4%.

“Tiga negeri mencatatkan kes tertinggi adalah Selangor sebanyak 402 kes (38.6%), diikuti Sabah 346 kes (33.2%) dan Negeri Sembilan 121 kes (11.6%),” katanya

Noor Hisham berkata, kes aktif kini berjumlah 12,854, dengan 108 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 45 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat tiga lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 332 orang,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya turut mengesan 3 kluster baru