- Iklan -
Berita

Bekas menteri, Mokhtar Hashim meninggal dunia

Mokhtar dibebaskan daripada hukuman gantung sampai mati kerana membunuh selepas mendapat pengampunan Diraja pada tahun 1991.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas menteri Kabinet, Mokhtar Hashim. Gambar: Facebook
Bekas menteri Kabinet, Mokhtar Hashim. Gambar: Facebook

Bekas menteri Kabinet Mokhtar Hashim yang pernah berkhidmat pada zaman Hussein Onn dan Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 78 tahun.

“Bagi pihak keluarga, ingin kami maklumkam kepulangan ayahanda tercinta kami, Dato’ Mokhtar Hashim ke Rahmatullah pada 3.10 pagi, Rabu 18 November 2020.

“Urusan solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan seterusnya,” tulis anaknya Imri dan Sany dalam satu kiriman WhatsApp yang turut dikirimkan kepada media.

Mokhtar merupakan menteri belia dan sukan dari 1980 hingga 1983 .

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai setiausaha Parlimen kepada menteri kebudayaan, belia dan sukan dari 1972 hingga 1975.

Selain itu, Mokhtar juga pernah menjadi timbalan menteri pertanian dan pembangunan luar bandar dari 1974 hingga 1976.

Beliau dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada tahun 1983 selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib pada 14 April 1982, dipercayai kerana persaingan dalam politik.

Mokhtar bagaimanapun dibebaskan daripada hukuman itu selepas mendapat pengampunan diraja pada tahun 1991.