Tuesday, September 21, 2021

Wakil pembangkang dalam mesyuarat Covid-19?

Cadangan itu dibuat beberapa menteri yang merasa terkilan terhadap kenyataan seorang ahli Parlimen yang menuduh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah sebagai “takut mati”.

Other News

Putrajaya bercadang untuk membawa masuk wakil pembangkang ke dalam mesyuarat harian perkembangan jangkitan Covid-19 selepas terdapat pihak yang mempersoalkan tindakan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini kepada hampir seluruh negeri di Semenanjung termasuk di kawasan zon hijau, MalaysiaNow difahamkan.

Cadangan itu dibuat beberapa menteri yang merasa terkilan terhadap kenyataan seorang ahli Parlimen yang menuduh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah sebagai “takut mati” ketika berbahas di Dewan Rakyat.

“Mesyuarat memutuskan untuk menghantar Noor Hisham dan penasihat khas PM ke Parlimen dalam masa terdekat.

“Ini bertujuan untuk menerangkan tindak tanduk kerajaan dalam menangani penularan pandemik secara ilmiah dan mengelakkan tohmahan berterusan daripada ahli Parlimen pembangkang,” kata sumber yang terlibat dalam mesyuarat harian perkembangan jangkitan Covid-19 kepada MalaysiaNow.

Semalam sidang Dewan Rakyat kecoh susulan kenyataan “DG (Ketua Pengarah Kesihatan) takut mati” dikeluarkan Tiong King Sing (GPS-Bintulu) pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021.

Tiong ketika membahaskan rang undang-undang itu mempersoalkan mengapa Noor Hisham tidak turun padang untuk melihat sendiri situasi Covid-19 di lapangan, sebaliknya hanya membuat sidang media setiap hari melalui siaran langsung televisyen.

“Kenapa dia tidak turun padang, macam di Kota Kinabalu begitu teruk, begitu hebat pandemik Covid-19 kenapa dia tidak turun melawat tiap-tiap hospital, temporary hospital, kita pergi tengok berbincang kasi moral support kepada frontliners. Doktor, jururawat dia orang semua bekerja (di) sana.

“Ini bertujuan untuk menerangkan tindak tanduk kerajaan dalam menangani penularan pandemik secara ilmiah dan mengelakkan tohmahan berterusan daripada ahli Parlimen pembangkang,” kata sumber yang terlibat dalam mesyuarat harian perkembangan jangkitan Covid-19 kepada MalaysiaNow.

“Jangan hantar saja doktor pergi jururawat pergi… oh itu orang tak takut mati tapi DG takut mati, timbalan DG pun tidak pergi. Apa sudah jadi. Tak usahlah hari-hari nak buat publisiti, saya dengar dia sekarang mahu projek dia sendiri jadi WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) punya setiausaha agung, itu memang tidak layak untuk saya, ” katanya.

Kenyataan Tiong menyebabkan Dewan Rakyat menjadi heboh sehingga ada ahli Parlimen pembangkang dihalau keluar.

Dalam responsnya kepada kenyataan Tiong, Noor Hisham berkata tidak timbul isu takut mati dalam melaksanakan tugasnya untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini.

Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) sudah membuat perancangan khusus untuk Sabah dan beliau sendiri pergi ke negeri itu pada akhir Ogos lalu untuk melihat pengurusan dan kesiapsiagaan KKM terutamanya bagi Pilihan Raya Negeri Sabah.

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan PKPB dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang selama empat minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember ini diputuskan kerana pendekatan lebih tegas dan berani mesti diambil sebelum jangkitan Covid-19 menjadi lebih parah.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles