- Iklan -
Berita

Parti Suu Kyi dakwa dapat majoriti dalam pilihan raya Myanmar

Jurucakap parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Aung Shin mendakwa partinya memenangi 246 kerusi Parlimen.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Aung San Suu Kyi semasa berkempen dalam pilihan raya di Myanmar baru-baru ini. Gambar: AFP
Aung San Suu Kyi semasa berkempen dalam pilihan raya di Myanmar baru-baru ini. Gambar: AFP

Parti pemerintah Myanmar dipimpin Penasihat Negara Aung San Suu Kyi pada Isnin mendakwa sudah memperoleh majoriti kerusi pada pilihan raya umum negara itu, walaupun pengiraan undi masih berlangsung di seluruh negara, lapor Agensi Anadolu.

Jurucakap parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Aung Shin mendakwa partinya memenangi 246 kerusi Parlimen.

Seramai 5,643 calon yang mewakili lebih 90 parti bertanding untuk merebut 1,171 kerusi yang dipertandingkan.

Parlimen Myanmar (Pyidaungsu Hluttaw) terbahagi kepada dua Dewan Negara (Amyotha Hluttaw) terdiri 224 anggota dan Dewan Rakyat (Pyithu Hluttaw) 440 kerusi.

NLD pimpinan Aung San Suu Kyi memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya 2015.

Pilihan raya umum Myanmar diadakan pada 8 November, penggal lima tahun pemerintahan NLD berakhir pada Mac 2021.