Sunday, November 22, 2020

Pandemik Covid-19 sebabkan pelajar tercicir kekurangan zat

Kanak-kanak tidak sihat tidak akan membesar menjadi golongan dewasa yang mampu memasuki ekonomi digital dan akan mewujudkan masalah jangka panjang buat negara.

Other News

Kesedihan dan kesunyian Mahathir

Pada 19 November lalu, Khamis, Dr Mahathir Mohamad dalam blognya meluahkan perasaan sedih dan kesunyiannya apabila merakamkan peringatannya pada Khalid Julong. Menurut beliau, dengan pemergiannya...

Living on a prayer after pandemic-related ban on religious activities

For many imams, the events that once earned them an income on the side have been brought to a halt by the various lockdowns.

Bagaimana Covid-19 sebabkan pendapatan golongan agama terjejas

Pusat ibadah ditutup dan banyak majlis keramaian dihadkan untuk membendung penularan jangkitan Covid-19.

1,041 kes baru Covid-19, 1,045 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Selangor catat kes tertinggi sebanyak 402 jangkitan baru.

1,041 new cases, record 1,405 recoveries

Three more deaths push toll to 332.

Memperoleh wang saku RM200 dengan mengedar dadah merupakan tawaran terlalu menggoda buat pelajar lelaki daripada golongan miskin yang sudah hilang minat untuk ke sekolah.

Ditambah pula dengan situasi semasa pandemik, rangkaian jenayah menjadikan pelajar sekolah tercicir sebagai rekrut mereka, menyebabkan harapan untuk kembali ke sekolah semakin tipis, kata profesor Universiti Malaya Shanthi Thambiah kepada MalaysiaNow.

Sejak sekolah dibuka semula pada bulan Jun, angka pelajar sekolah menengah daripada keluarga miskin yang berhenti sekolah semakin meningkat.

Ramai ibu bapa daripada keluarga miskin bandar melaporkan anak-anak mereka sudah tidak berminat untuk meneruskan persekolahan, menyebabkan hampir 10% pelajar lelaki berumur antara 15 hingga 17 tahun berhenti sekolah dan 7% lagi merupakan pelajar perempuan.

Salah satu faktor penyumbang adalah amalan diet yang buruk semasa pandemik, kata satu laporan.

Ibu bapa menghadapi tekanan selepas hilang pekerjaan menyebabkan mereka dalam dilema dalam membuat pilihan menyediakan makanan kepada keluarga.

Mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan membeli daging, sayur-sayuran dan buah-buahan, terpaksa menukar pilihan kepada makanan yang diproses kurang berkhasiat serta lebih murah untuk mengisi perut yang lapar.

Najitahnya, kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah mengalami perkembangan kognitif yang lebih perlahan disebabkan faktor nutrisi makanan yang tidak seimbang.

Amaran itu turut disuarakan oleh pakar diet kanan daripada kementerian kesihatan yang berkata penutupan sekolah di seluruh negara akan membantutkan penerimaan nutrisisi yang disediakan kerajaan kepada pelajar daripada golongan berpendapatan rendah.

“Kita perlu melihat secara spesifik mengenai isu disebabkan pandemik ini yang menyebabkan kanak-kanak kekurangan makanan berzat dan pelajar tercicir,” kata Shanti.

“Adalah amat penting kita tidak memburukkan lagi keadaan yang sedia terjejas kerana impak negatif akan berlanjutan lebih lama daripada tempoh wabak berakhir.”

Beliau berkata ketidakstabilan ekonomi dan sosial jangka panjang berkaitan dua isu itu akan memberi kesan di kemudian hari kepada golongan miskin bandar.

“Malah sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bilangan pelajar lelaki berhenti sekolah sudah membimbangkan. Ramai dalam kalangan mereka mengambil tanggungjawab selepas ibu bapa mereka tidak lagi mampu menyediakan makanan setiap hari,” katanya, sambil menambah situasi sekarang ini memburukkan lagi keadaan itu apabila ramai ibu bapa kehilangan kerja.

Tetapi bilangan pelajar lelaki yang berhenti sekolah ketika pandemik disebabkan alasan lain turut membimbangkan.

“Tidak seperti keluarga yang lebih bernasib baik, golongan berpendapatan rendah tidak mampu membeli komputer riba untuk setiap anaknya. Ketika PKP, kanak-kanak ini kebiasaan akan menggunakan telefon pintar milik ibu bapa, bukan komputer untuk belajar secara dalam talian,” kata Shanti yang langsung tidak terkejut jika faktor itu menyumbang kepada minat tidak mahu belajar.

Najitahnya, kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah mengalami perkembangan kognitif yang lebih perlahan disebabkan faktor nutrisi makanan yang tidak seimbang.

Walaupun kembali ke sekolah, wujud masalah kewangan lain bagi ibu bapa yang miskin, seperti membeli pelitup muka yang mencukupi untuk anak-anak mereka, kata Shanti.

“Saya mencadangkan supaya kanak-kanak daripada keluarga B40 dibenarkan kembali ke sekolah kerana terperuk di rumah adalah tidak kondusif untuk perkembangan dan pertumbuhan mereka.”

Beliau menyuarakan pandangan itu berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan minggu lepas, “Keluarga di Pinggiran, Bahagian 2” yang melakukan kajian ke atas keluarga miskin bandar yang tinggal di Kuala Lumpur, menggambarkan isu dihadapi bukan bersifat sementara yang mungkin menyebabkan kehilangan pendapatan ketika pandemik.

“Digitalisasi ekonomi Malaysia berkembang dengan pantas dan ia akan memerlukan pekerja berkemahiran tinggi,” katanya.

“Sebarang gangguan kepada pembelajaran yang efektif hanya akan menyebabkan generasi kanak-kanak akan datang tidak bersedia menjadi sebahagian daripadanya.”

Ia dilihat sebagai sesuatu yang tidak begitu baik untuk negara ini kerana ia akan menyebabkan kekurangan kepada golongan muda dalam mobiliti sosial dan sangkut dalam kitaran kemiskinan antara generasi yang akan menyebabkan kuasa membeli pengguna pada masa depan terjejas, katanya kepada MalaysiaNow.

“Manfaat daripada kemajuan yang kita capai sebagai sebuah negara adalah mewujudkan akses pendidikan bersubsidi dan penjagaan kesihatan akan ke belakang jika kita tidak menangani masalah spesifik pandemik mengenai isu pelajar tercicir dan kanak-kanak kekurangan zat.”

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

1,041 kes baru Covid-19, 1,045 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Selangor catat kes tertinggi sebanyak 402 jangkitan baru.

Kerajaan sedia audit MySejahtera selepas dakwaan data diceroboh

Syarikat audit bebas bakal dipanggil bagi melakukan semakan.

958 kes baru Covid-19, 956 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Sebanyak 13,221 kes aktif direkodkan.

1,290 kes baru Covid-19, 878 pulih, 4 lagi kematian dilaporkan

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 51,680 kes.

Malaysia, Gavi tunggu tarikh memuktamadkan perjanjian bersama Covax

Penyertaan Covax yang bakal memberikan jaminan untuk mendapatkan vaksin kepada 10% populasi rakyat Malaysia.