Friday, November 27, 2020

Belanjawan 2021, agenda kelestarian antara tumpuan utama

Beberapa pengumuman penting mengenainya akan dibuat pada 6 November ini.

Other News

Bos GLC curi tumpuan kerana langgar peraturan perkhidmatan awam selepas bertemu pemimpin politik

Mutalib Uthman dilantik sebagai CEO Perbadanan Kota Buku sewaktu Maszlee Malik memegang jawatan sebagai menteri pendidikan.

GLC boss in the spotlight for breaching civil service rule on partisan politics

The education ministry is investigating a series of online posts on Mutalib Uthman who was pictured with a group of politicians meeting former prime minister Najib Razak.

Dr M attacks opposition bloc after PH MPs shy away from budget vote

The former leader was among 13 who had stood up to call for a bloc vote.

Dr Mahathir selar ahli Parlimen PH kerana sokong Belanjawan 2021

Beliau dan empat ahli Parlimen Pejuang tetap dengan pendirian untuk menolak Belanjawan 2021.

Anwar gave last-minute memo to PH MPs after Najib backed out of budget threat

The word-of-mouth message however did not reach Amanah MPs, most of whom stood up to call for a bloc vote.

Agenda kelestarian akan menjadi antara tumpuan khusus dalam Belanjawan 2021 dengan pengumuman penting mengenainya akan dibuat pada 6 November ini, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Menyifatkan pandemik Covid-19 sebagai suatu kesedaran kepada dunia, Muhyiddin berkata Malaysia, seperti negara-negara lain, perlu memikirkan kembali agenda pembangunannya terutama mengenai kelestarian dan teknologi hijau, yang memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi .

Beliau mengakui adalah sukar untuk menemui sesuatu yang positif di dalam situasi Covid-19 ini, namun sebagai seorang optimis, perdana menteri berkata beliau yakin ada sinar harapan.

“Sekatan di seluruh dunia membuat kita merenung, membuat kita berfikir dan kita mula menyedari bahawa kita perlu mengubah cara kita. Kita perlu memikirkan semula hubungan kita dengan planet ini dan kita perlu membina semula dengan lebih baik. Oleh kerana kita semua berada di rumah, kita juga menyedari bahawa kualiti udara lebih baik dan bumi boleh kembali pulih.

“Bagaimanapun, ini tidak lama kerana kita kembali kepada cara lama kita apabila sekatan tidak lagi dilaksanakan. Pengajarannya ialah ia menjanjikan jalan pemulihan alam ketika kita menghadapi wabak ini, ” katanya dalam ucapan sebelum merasmikan Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa 2020 (IGEM 2020) yang diadakan secara maya, hari ini.

Perdana Menteri berkata Covid-19 dan perubahan iklim, terbukti jelas merupakan ancaman berkembar dan menimbulkan kebimbangan dan ancaman di seluruh dunia dan memerlukan penyelesaian global yang serupa.

“Sebagaimana kita memerlukan vaksin untuk Covid-19, perubahan iklim memerlukan penyelesaian segera dan tidak boleh ditangguh untuk satu generasi,” katanya.

Muhyiddin menjelaskan bahawa pendekatan pemulihan secara hijau bukan sahaja dapat memacu ekonomi dan kesejahteraan sosial malah dapat memangkin pembangunan negara ke jalan menuju ke arah pembangunan mampan rendah karbon dan ketahanan iklim.

Dalam konteks ini, kata beliau Malaysia, sebagai negara yang dikurniakan sumber alam semula jadi dan menjadi antara 12 negara yang mempunyai kepelbagaian mega-bio di dunia dan dengan inisiatif dalam usaha teknologi hijau, seharusnya memanfaatkannya demi agenda pemulihan teknologi hijau yang lebih hebat.

Beliau berkata kesan perubahan iklim bersifat global dan belum pernah terjadi sebelumnya dalam pelbagai skala ekonomi yang bermula dari perubahan pola cuaca yang mengancam pengeluaran makanan kepada peningkatan air laut yang cepat sekali gus meningkatkan risiko banjir.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Dr Mahathir selar ahli Parlimen PH kerana sokong Belanjawan 2021

Beliau dan empat ahli Parlimen Pejuang tetap dengan pendirian untuk menolak Belanjawan 2021.

Agong zahirkan penghargaan kepada semua ahli Dewan Rakyat sokong Belanjawan 2021

Sultan Abdullah zahirkan penghargaan kepada ahli Dewan Rakyat yang mendokong titah nasihat Baginda pada 28 Oktober 2020.

Nafas dilantik pemborong tunggal bekalkan benih padi kepada pesawah

Pelantikan Nafas dapat selesaikan masalah manipulasi dan eksploitasi dalam pembekalan benih padi sah.

Kita lihat siapa khianati rakyat, kata Annuar Musa menjelang undi Belanjawan 2021

Ahli Parlimen BN tidak menolak belanjawan meskipun sewaktu menjadi gabungan di blok pembangkang.

Undi Belanjawan 2021 dijadual hari ini

Undian Rang Undang-undang Perbekalan 2021 akan dijalankan sejurus selepas baki sembilan menteri membuat penggulungan.