Monday, September 27, 2021

Muhyiddin negatif Covid-19

Ujian saringan kedua yang dilakukan Rabu lalu mengesahkan beliau kini bebas daripada jangkitan virus itu.

Other News

Keputusan ujian saringan Covid-19 bagi sampel kedua terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Rabu lalu disahkan negatif, sekali gus mengesahkan beliau bebas COVID-19.

Muhyiddin dalam hantaran terbaharu akaun Facebooknya berkata tempoh kuarantin kendiri beliau juga tamat semalam.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Muhyiddin dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.

“KKM telah menjalankan ujian saringan pengesanan Covid-19 bagi sampel kedua ke atas Perdana Menteri pada 14 Oktober dan telah disahkan negatif pada hari berikutnya,” kata hantaran itu.

Sehubungan itu, kedua-dua ujian pengesanan Covid-19 disahkan negatif dan tempoh kuarantin kendiri tamat pada 16 Oktober,” demikian menurut hantaran itu.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles