Monday, January 25, 2021

Hospital Kota Marudu kini turut rawat Covid-19, kata Noor Hisham

Hospital ini dengan kapasiti keseluruhan 946 katil termasuk 66 untuk jagaan kritikal dan 170 alat bantuan pernafasan, diperuntuk merawat kes Covid-19 kategori 3 hingga 5.

Other News

Miti cadangkan alternatif kepada penutupan ekonomi serta-merta

Ia mencadangkan SOP diketatkan dan meningkatkan ujian saringan bersasar termasuk menjadikannya murah dan dilakukan dalam skala lebih besar.

Miti calls for alternatives to bringing back full lockdown

It suggests tightening SOPs and boosting targeted testing as well as making this more affordable and carrying it out on a larger scale.

16 bekas ahli Umno cabar keputusan RoS, bukan parti itu

Mereka mencabar keputusan RoS atas alasan pelanjutan masa yang diberikan dicemari dengan kepenyalahan undang-undang, keadaan tidak rasional dan prosedur yang salah.

3,638 dilaporkan pulih, 11 lagi kematian baru

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 41,076.

Recoveries outpace new cases but 11 more deaths reported

3,048 new cases, 3,638 recoveries.

Sebagai langkah kesiapsagaan menghadapi peningkatan kes Covid-19 di Sabah, Kementerian Kesihatan (KKM) memperuntukkan Hospital Kota Marudu sebagai satu lagi hospital untuk merawat jangkitan itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya ini menjadikan keseluruhan tujuh hospital termasuk Hospital Queen Elizabeth, Hospital Wanita dan Kanak-kanak di Kota Kinabalu; Hospital Duchess of Kent di Sandakan; Hospital Tawau; Hospital Lahad Datu dan Hospital Keningau.

Kesemua hospital ini dengan kapasiti keseluruhan 946 katil termasuk 66 untuk jagaan kritikal dan 170 alat bantuan pernafasan, diperuntuk merawat kes Covid-19 kategori 3 hingga 5, katanya menerusi hantaran Facebook beliau hari ini.

Noor Hisham berkata KKM juga mengenal pasti enam lagi pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 berisiko rendah (PKRC), menjadikan jumlah keseluruhan 16 buah dengan kapasiti 3,876 katil bagi merawat kes tidak bergejala atau bergejala ringan (kategori 1 dan 2) di negeri itu.

Tambahan kemudahan ini menjadikan kapasiti katil bagi merawat pesakit Covid-19 di Sabah kini sebanyak 4,822 berbanding 2,596 katil sebelum ini, katanya.

Menurut Noor Hisham, sebagai langkah kesiapsiagaan hospital di pantai timur Sabah pula, KKM dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia bercadang mewujudkan hospital medan bagi menawarkan perkhidmatan obstetrik dan ginekologi, pediatrik serta pembedahan am kepada pesakit bukan kes Covid-19.

Noor Hisham berkata KKM juga mengenal pasti enam lagi pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 berisiko rendah (PKRC), menjadikan jumlah keseluruhan 16 buah dengan kapasiti 3,876 katil bagi merawat kes tidak bergejala atau bergejala ringan (kategori 1 dan 2) di negeri itu.

“Ini akan memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau untuk merawat kes Covid-19 kategori 3 hingga 5, manakala kes kategori 1 dan 2 akan terus ditempatkan di PKRC,” katanya.

Noor Hisham berkata untuk peringkat awal, hospital medan itu dirancang menyediakan 100 katil.

Setakat semalam, Sabah mencatatkan 3,841 kes Covid-19 dengan 11 zon merah iaitu Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Papar, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau selain merekodkan 19 kluster.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Recoveries outpace new cases but 11 more deaths reported

3,048 new cases, 3,638 recoveries.

Pacific islands hold out their hats to Beijing as pandemic sinks economies

Beijing is happy to lend them money as they possess strategic ports and air strips and control vast swathes of resource-rich ocean.

Thailand allows private sector to import Covid vaccines

This is on condition that they are given the green light by the Food and Drug Administration.

Genap setahun Covid-19, KKM tidak putus asa serta kekal komited

Setiap individu harus memikul tanggungjawab untuk menyelamatkan negara.

Third French national lockdown on the cards as new Covid variants run amok

A strict curfew was implemented last weekend, but cases continue to climb.