Monday, October 26, 2020

7 lagi positif Covid-19 kluster penjara reman adalah banduan

Kesemua mereka kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan dalam keadaan stabil.

Other News

Apa saja keputusan Umno akan dilakukan secara ‘en bloc’, kata Najib

Majlis Tertinggi BN di Kuala Lumpur sebentar tadi berlangsung selama tiga jam diadakan untuk membincangkan kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Bayaran tunggakan cukai LHDN, Najib fail rayuan

Tunggakan cukai tambahan berjumlah RM1.69 bilion perlu dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Langkah tambahan diperlukan untuk pembeli muda miliki rumah menjelang pembentangan belanjawan

Pengurangan cukai duti setem untuk rumah pertama perlu diperkenalkan semula.

Hartalega CEO doubles personal wealth in pandemic, chasing mega-rich

Biggest winners in personal fortunes in the pandemic are billionaire bosses of worldwide tech giants.

BN adakan pertemuan selepas Agong tolak darurat

Barisan Nasional (BN) hari ini mengadakan pertemuan dipercayai bagi membincangkan langkah seterusnya yang harus diambil oleh parti itu susulan titah Yang di Pertuan Agong...

Tujuh lagi individu positif Covid-19 yang disahkan semalam membabitkan kluster Penjara Reman di Penjara Reman Pulau Pinang adalah banduan yang tinggal di dalam sel sama dengan lapan orang yang turut positif sebelum ini.

Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang Mohamed Jusoh Ismail berkata kesemua mereka kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan dalam keadaan stabil.

“Tujuh lagi individu yang disahkan positif Covid-19 semalam merupakan banduan daripada sel sama dengan lelaki yang meninggal dunia pada 5 Oktober lepas dan tujuh (banduan) yang juga positif sebelum ini, setakat ini kami belum tahu punca bagaimana mereka dijangkiti penyakit itu.

“Mana-mana banduan atau petugas yang mempunyai kontak rapat dengan mereka (tujuh individu positif Covid-19) diasingkan serta dikuarantin dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 di dalam penjara,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ujian saringan Covid-19 ke atas banduan masih diteruskan dan sehingga semalam, kira-kira 1,000 banduan daripada 2,300 orang yang berada di dalam penjara disaring.

Beliau berkata sejak terdapat kes Covid-19 di Penjara Reman Pulau Pinang pada 5 Oktober, semua banduan baru dihantar ke penjara sementara iaitu Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk dikuarantin terlebih dahulu.

Jusoh berkata kesemua 320 petugas di Penjara Reman Pulau Pinang selesai menjalani ujian saringan Covid-19 dan tiada kakitangan yang didapati positif penyakit itu.

“Kami akan pastikan semua banduan yang berada di dalam penjara menjalani ujian saringan Covid-19, saya bagi pihak Penjara Reman Pulau Pinang mengucapkan terima kasih atas kerja keras pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang bertungkus lumus setiap hari memastikan mereka (banduan) menjalani ujian saringan,” katanya.

Beliau berkata sejak terdapat kes Covid-19 di Penjara Reman Pulau Pinang pada 5 Oktober, semua banduan baru dihantar ke penjara sementara iaitu Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk dikuarantin terlebih dahulu.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati terdapat pergerakan kenderaan KKM membawa petugas mereka masuk ke dalam kawasan penjara untuk menjalankan ujian saringan Covid-19 ke atas banduan seawal 8 pagi.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat tujuh lagi kes Covid-19 baru membabitkan kluster Penjara Reman direkodkan dan menjadikan keseluruhan sebanyak 15 kes termasuk banduan yang meninggal dunia pada 5 Oktober.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Ingkar SOP, wartawan kongsi detik dijangkiti Covid-19

Badan lemah serta batuk tak henti-henti sehari selepas pulang dari Sabah.

Lebih 2,000 pelajar positif Covid-19

Kes positif itu direkodkan sejak Februari lalu sehingga semalam.

Adun Kunak positif Covid-19

Beliau disahkan positif selepas menjalani ujian saringan kali kedua semalam.

2 sekolah di Masjid Tanah ditutup kerana Covid-19

Kedua-dua sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Berembang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China.

Anak Trump positif Covid-19

Sebelum itu Trump dan Melania disahkan dijangkiti Covid-19 pada 3 Oktober lalu.