Tuesday, January 19, 2021

UiTM nafi halau pelajar mendaftar, kata NC

Berlaku salah faham berikutan sumber tidak tepat diperoleh pelajar

Other News

Imam masjid Shah Alam positif Covid-19

Abdul Karim Omar disahkan positif Covid-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Colombia will expel foreigners caught partying as virus spreads

Foreigners caught violating social distancing measures will be expelled from the country immediately.

3 more Maqis officers remanded over meat cartel issue

This is the second arrest involving Maqis officers in Johor in connection with the meat cartel case.

Russians queue for Sputnik V vaccine at luxury Red Square mall

The inoculation is now being given on a first-come first-served basis after key workers were vaccinated.

Nazri Aziz positif Covid-19

Beliau sendiri mengesahkan diri dijangkiti virus itu selepas melakukan ujian semalam.

UiTM menafikan dakwaan institusi pengajian tinggi awam itu menghalau pelajar susulan penangguhan sesi pendaftaran secara fizikal yang berkuat kuasa hari ini.

Naib Canselornya, Prof Emeritus Mohd Azraai Kassim dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan kekeliruan yang berlaku adalah disebabkan salah faham berikutan sumber yang tidak tepat diperoleh para pelajar.

Menurutnya, UiTM mengeluarkan surat pekeliling berhubung arahan penangguhan pendaftaran para pelajar yang jelas menyatakan penangguhan itu dibuat semata-mata untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan para pelajar terpelihara.

“Meskipun penangguhan pendaftaran secara fizikal dikuatkuasakan, ini tidak bermakna para pelajar yang mendaftar akan dihalau malah para pelajar diberi pilihan sama ada untuk pulang atau tinggal di kolej.

Jadi, saya tegas menafikan kenyataan yang mengatakan bahawa kita menghalau para pelajar seperti yang didakwa. Malahan kita mendekati para pelajar yang mendaftar lebih awal untuk membantu mereka susulan arahan penangguhan ini,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Azraai berkata pihak universiti akan menjalankan siasatan terperinci berhubung aduan dan rungutan pelajar yang tular di media sosial bagi memastikan perkara itu tidak berlaku.

UiTM tidak akan mengambil mudah dengan sebarang isu yang dibangkitkan kerana dalam suasana semasa, kita amat memahami sebarang kemungkinan, kesulitan dan kekeliruan yang timbul,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru pelajar yang berhadapan dengan masalah seperti yang sudah berada di kampus yang ingin pulang dan tidak pasti apa yang hendak dibuat supaya berhubung dengan bilik gerakan di kampus masing-masing bagi mendapat bantuan sewajarnya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Operasi institusi pendidikan bawah KPM

Pengoperasian tertakluk kepada kawasan PKP, PKPB dan PKPP.

Krisis pinjaman pendidikan dalam kalangan graduan Malaysia

Kesukaran menempatkan diri dalam pasaran kerja memburukkan lagi keadaan.

Sekolah, institusi pendidikan dibuka 20 Januari, IPT 1 Mac

PM sekali lagi menegaskan jaminan kerajaan dalam memastikan bekalan vaksin yang diterima berkesan, selamat dan mencukupi.

Kewangan universiti awam terjejas akibat Covid-19

Universiti disaran menjadi kreatif untuk menjana pendapatan sendiri.

Lebih 2,000 pelajar positif Covid-19

Kes positif itu direkodkan sejak Februari lalu sehingga semalam.